expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Oct 13, 2010

Kurnia Yang Terindah...

Salam...
Lebih kurang 2 minggu aku tak update entri... ngeeeee~ heeee~
Dalam masa 2 minggu ni jugak la aku dikurniakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu selama ni...
Sesuatu yang setiap masa aku impikan...

Nak tau ke apa benda nya tu...? 
Hahhhhh..korang tengok la gambar kat bawah ni haa...

 
Haaa..nampak tak..? Apa benda tu..? Ngeeee~ 
Ok..ok..aku bagi tunjuk lagi satu..

Ngeee~ heee~ dalam erti kata yang mudah faham, korang tengok pulak gambar yang bawah ni...


Ngeeee~ Heee~ My lovely wife disahkan pregnant... Tapi bukan doctor yang sah kan...
Tapi aku yang sahkan... sampai 3 kali wife test sendiri guna pregnancy test yang aku beli kat farmasi...
Aku tau news ni pada subuh hari minggu lepas... Dalam keadaan mamai, wife call inform aku tentang ni...
Aku terdiam. Tak tau nak cakap apa... macam tak percaya pun ada jugak...
So, pagi-pagi tu time nak ke site, aku singgah stesen bas cari tiket balik penang...
At last, untuk confirmation, aku bawak wife ke klinik..
Dan Alhamdulillah...doctor pun sahkan jugak..positif!!
Sesuatu yang aku & wife tunggu selama ni...
Aku & wife berdoa setiap masa untuk saat dan detik ni...
This week dah 6 weeks... uhhhh, lama lagi nak tunggu complete 40 weeks..huuuuuuu...
Serius, aku sangat-sangat excited + teruja + gembira...
Paling penting, aku harap wife aku selamat melahirkan baby kami.... Lambang cinta & kasih kami !!
Dan sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur dengan rezeki kurniaanNya ini...

So...untuk entri-entri yang akan datang, aku akan kongsikan setiap detik
yang sangat-sangat mengujakan ni....

Joy!!!



Shared by : Hun







Sep 25, 2010

Char Koay Teow Sungai Dua

Salam...
Aloooo...hari ni macam hari-hari minggu yang lain.. aku kat site..
Al maklumlah...kerja kat negeri yang ahad kena kerja..
Tapi takpe..still ada semangat nak kerja sebab baru balik jumpa wife.

Entri kali ni aku nak share sikit pasal char koay teow sungai dua, penang.
Sebenarnya dah 2 @ 3 kali aku singgah makan kat tempat ni. 
Tapi tiap kali aku pergi, aku tak makan char koay teow. Aku makan nasi goreng udang.
Ummm..aku ni pulak bukan jenis cerewet bab-bab makan ni.
Cuma, 1 benda yang aku menyampah kalau datang sini ialah ramai sangat orang.. 
Nak cari parking pun susah yang amat... Tau la sedap, tapi tiap kali kami datang, mesti penuh table...
Geram jee..
So, bila wife beria-ia ajak makan kat situ, aku follow je lah...
Kang kalau tak pergi kang, merajuk pulak dia..
Then, masa balik penang baru-baru ni berkesempatan la jugak makan kat situ.
Tapi kami pergi bukan dengan suasana romantik...sebab adik ipar ikut.. huuuuu..

Tu diaaaaa...Char Koay Teow Sungai Dua....TELUR AYAM DI BASUH!
Aku ulang....TELUR AYAM DI BASUH!
Ngeeee~

                      

Serius beb...memang sedap!! rm 4.50...dapat la sepinggan char koay teow  + telur goreng + udang 5@6 ekor...

Nampak tu...kalau tak sedap, takkan lah model sambilan Char Koay Teow Sungai Dua ni duk senyum memanjang...

Lepas makan, aku gi la bayar kat kaunter...
Tapi kan...sempat la tapau lagi 3 bungkus bawak balik rumah...
Ngeeeee~

So, sesapa yang terlanjur datang ke utara, boleh lah contact Puan Zian a.k.a penggila char koay teow Sg Dua a.k.a model sambilan char koay teow Sg Dua... dia boleh bagi tunjuk itu tempat...
Caj tak mahal....sepinggan Char Koay Teow Spesel aje...



Shared by : Hun




Sep 24, 2010

Kan aku dah cakap...

Salam...
Cuba teka aku kat mana sekarang ni..? 
Mana? Kat site? bukan...takde maknanye aku nak rajin time off day camni.
Jamuan raya? hahaha...raya dah nak abis dah. Ada lagi ke jamuan raya?
So, aku kat mana sebenarnya ni?


Hehehehe...sebenarnye aku kat umah mertua aku kat penang. balik jumpa wife...
Hahahaha...kan aku dah cakap, susah bila dah sedap cuti panjang time raya hari tu..
Bila masuk site balik & terpaksa jauh dengan wife, mula la tune kepala lari sikit..
Struggle untuk mula kerja balik. lagi-lagi kalau sebelum cuti raya ada kerja yang tak settle..
Setting site & kerja pun dah tak ngam..terpaksa la adjust balik.. 
Tu pun boleh untuk 4 hari je..
Masuk hari kelima, aku singgah stesen bas beli tiket nak balik penang... ngeeeee~

Plan asal stay 2 minggu kat besut, baru balik penang...
Tapi takpe, aku balik ni sebab kesian wife tak berapa sihat....(huuuu...alasan ke?)
Kan aku dah cakap awal-awal dulu, siapa suruh kerja jauh-jauh? ngeeeeeeee~






Shared by : Hun

Sep 22, 2010

Glad to be back

Salam...

Rasanya dah terlalu lama aku tak update entri..huuuu.. Terlalu banyak benda nak kena setel..
Apapun, belum terlambat lagi kalau nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin!
Yang sebenarnya, otak aku beku nak update entri..banyak sangat benda dalam kepala sampaikan masa untuk diri sendiri entah ke mana.
Tahun ni adalah tahun pertama aku sambut Ramadhan & Aidilfitri sebagai seorang suami..eheh.. Tapi tak banyak beza pun..Mana tak nye..sahur sorang-sorang...berbuka sorang-sorang.. kalau ada pun, bila balik jumpa wife, baru lah merasa 'berfamili'... huuuuu...
Tapi part yang paling best masa time pagi-pagi raya..first time rasa macam King..time wife mintak ampun maaf kat aku..hahaha..(ehem..acah je.. )
Actually, banyak benda yang berlaku time raya hari tuh..cousin eksiden & meninggal la, kedai along aku kena overtake la, macam-macam lagi..sampai semput jugak la aku dibuatnya. Tapi apapun, aku sangat berpuas hati berhari raya pertama kali sebagai suami dan jugak menantu.. We did our best to both side... Itu pun hasil perancangan rapi aku dan wife...
Hummm..tu jelah kot untuk entri kali ni.. Aku tengah struggle cari tune untuk kerja balik ni..even dah 3 hari masuk site, tapi kepala otak aku duk sibuk teringat wife kat penang...
aduhaiii...camane nak kerja ni..?

erkkkk..nanti-nanti lah aku update lagi..ahaaaaa..

Jul 14, 2010

From Alor Setar to Besut...

Salam...
Ada beberapa perkara yang nak dikongsikan untuk entri terbaru ini, selepas lama menghilangkan diri..
Kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan kehidupan sedikit bercelaru..
Awal Julai, aku terpaksa membuat keputusan yang paling besar dalam hidup, terutama selepas berkahwin.
Mana tidaknya, aku ditawarkan dengan position baru yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang lebih besar.
Nak ditolak, terasa sayang..peluang yang amat baik. Nak terima, keberanian belum cukup memenuhi setiap inci diri. 
Namun, selepas ditimbang dari segala sudut, keputusan bersama diambil.. Tawaran diterima.
Banyak perkara yang menjadi pertimbangan. Tapi yang paling utama ialah masa depan dan perancangan kewangan keluarga yang amat dititikberatkan. 
Lalu, bermulalah satu perjalanan merentasi jalan hutan daerah Grik, bermula dari Alor Setar hingga ke sebuah pekan kecil yang bernama jerteh, Terengganu. Dari Alor Setar, menyusur ke Baling dan Sik...Terus ke Gerik merentasi banjaran Titiwangsa sehinggalah sampai ke Jeli. Perjalanan diteruskan ke Bukit Bunga, Tanah Merah, Machang hinggalah ke destinasi terakhir, Jerteh. Sesungguhnya perjalanan yang memakan masa 5 jam itu cukup mencabar memandangkan ini adalah kali pertama aku ke sana. Berseorangan pulak tu. Lebih-lebih lagi sebahagian perjalanan  melibatkan hari yang sudah pun malam.
Seminggu di sana menjadikan aku berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Pihak-pihak yang terlibat yang bakal menyiapkan projek Universiti Darul Iman Kampus Besut.
Dalam tempoh ini jugalah fikiran tidak pernah lari dari memikirkan si isteri yang ditinggalkan keseorangan di Alor Setar. Semenjak berkahwin, kami tidak pernah berenggang. Ke mana-mana berdua,bersama...
Banyak kekurangan di Jerteh jika nak dbandingkan dengan Alor Setar. Dari segi culture, makanan hinggalah ke seremeh-remeh perkara, amat payah untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan baru.
Selepas seminggu di sana, aku pulang semula ke Alor Setar dengan harapan mencari satu penyelesaian..
Adakah perlu si isteri ikut bersama tinggal di sana? Dan meninggalkan kerja nya di Alor Setar yang baru bertapak? Yang mana aku tahu, di Besut amat susah mencari peluang pekerjaan untuk si isteri?
Mungkinkah itu jalan terbaik, sedangkan tujuan utama kami adalah meningkatkan ekonomi keluarga? 
Adakah perlu menjadi weekend husband-wife? Yang mana aku perlu on-off Besut-Alor Setar?
Apakah keadaannya bila ditinggalkan berseorangan di Alor Setar nanti? Bagaimana dengan sakit pening si isteri bila aku tiada di sisi? 
Sedangkan projek yang akan dijalankan di sana hanya memakan masa 14 bulan sahaja...
Itu semua menjadi persoalan yang masih belum terjawab hinggalah ke hari ini...

Dan ada seseorang memberi pendapat pada aku...
"Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suami...? Tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk pasangan itu bersama-sama dalam setiap ruang kehidupan."

Fikiran masih lagi cuba mencari jalan terbaik untuk kehidupan yang seterusnya....


      - Shared by : Hun -

Jun 21, 2010

"You tak kisah ke kena maki tiap-tiap hari?"

Salam.
Dah lama tak menulis. Bukan apa, sibuk memanjang. Hal emergency la...dengan World Cup nya lagi..kerja tak payah nak cakap lah.. Mana pernah nak habis.
Hmm... Kerja?
Ada satu soalan yang ditanyakan seseorang yang aku nak share kat sini.
" I tengok you ok je tiap-tiap pagi kena tiaw. Rileks saja. You tak kisah ke kena maki tiap-tiap hari? "

Ahaaaaa...soalan cepu mas ni. Bab-bab ni tak dapat la nak menjawab secara jujur...ye tak?
Kena tengok jugak siapa yang bertanya tu. Kalau yang bertanya tu, level setara, mungkin boleh jujur la..
Tapi kalau yang bertanya tu, ada muslihat tersendiri, ehem...jawapan aku pun kena la dengan muslihat. kan?
Berbalik pada soalan tu tadi. Soalan tu berjaya membuatkan aku terkedu + terdiam + dan seumpama dengannya la.
Lama jugak la aku nak dapatkan jawapan untuk soalan tu..bukan untuk orang yang bertanya tadi.. Tapi jawapan untuk diri sendiri. Jawapan yang paling jujur untuk diri sendiri. Bila fikir-fikir balik, siapa dalam dunia ni yang memang willing dimaki?Suka diherdik? Tenang ditiaw? Lebih-lebih lagi waktu pagi-pagi bermula jam 8 pagi berlanjutan ke jam 9. Setiap hari!! 6 hari seminggu!! 

Mungkin dari 10 orang, hanya 2 atau 3 orang yang sanggup, dan salah seorang adalah aku. Ada saja masalah yang boleh dijadikan point / bahan makian di waktu pagi setiap hari.
Siapa yang nak?
Siapa yang sanggup?
Kena pulak dengan perut kosong tak bersarapan. Belum lagi ditambah dengan 'tarik-tarik muka' oleh si isteri waktu perjalanan ke tempat kerja. Kesimpulannya, pagi-pagi aku bersarapan hamburan amarah+makian+kata-kata kesat yang tak sepatutnya aku terima di awal pagi. Boleh spoilt mood seharian beb...
Tapi, itulah nya kalau dah dinamakan kerja.. Jawapan aku pada diri sendiri ialah aku dibayar gaji untuk terima semua ni. Maki hamun is part of construction works

" Lu tak sekolah ka? " .... dah selalu sangat kena ayat ni.
" Apsal lu orang lembab? Kerja macam lembu.." ... Dah macam makan nasik dah ayat ni.
" Lu orang ni bodoh ka? Lu tadak otak ka? Bangang betul.. " ..Yang ni lebih kurang macam minum teh o ais.
" Saya tak tau apa mau cakap. Tapi lu orang kerja serupa taik. " ..Yang ni pulak,macam makan lai ci kang.
" Lu pergi berambus la. Jangan tunjuk muka dalam ini site."  ...Dan pelbagai lagi ayat-ayat yang boleh menyebabkan telinga,hati,jantung dan perasaan seumpama dibakar dan direbus dalam air yang panas.

Sampai satu tahap, aku membalas setiap ayat-ayat tu dengan senyuman. Tersenyum kena maki!
Kalau nak dibandingkan kerja sekarang dengan yang dulu, rasanya dulu lebih tenang hati. Yelah... dalam kilang paling-paling susah pun nak kejar dateline. Itu pun, habis syif boleh terus balik. Kalau tak balik, claim overtime. Kerja sekarang jauh lebih mencabar. Aku perlu berdepan dengan banyak pihak. Main contractor yang selalu kejar dateline. Consultant yang banyak komen. Supplier yang lambat hantar barang. Sub cont sendiri yang susah nak dengar cakap. Belum lagi management sendiri yang kejar paper works. Semua itu cabaran yang aku dah face tahun-tahun kebelakangan ni. Nak kata lali, mungkin. Nak kata dah biasa, ada betul nya jugak. 
I am problem solver. Thats why I am here.
Itulah satu-satunya ayat yang memotivasikan diri aku sendiri sebaik saja selesai dimaki. Macam ayat orang poyo pun ada jugak.
Cabaran yang datang cukup menguji diri. Cuma, aku takut ketabahan dan kekuatan yang ada ni tak dapat kekal lama. 
Aku percaya ramai orang di luar sana yang sama senasib dengan aku. Umpama menghulur tengkuk dengan kulit muka yang cukup tebal, bersedia untuk disembelih.
Aku jugak percaya yang rezeki aku memang di sini, dalam construction site.
Atas rasa percaya itu lah, aku cuba pretend seperti tiada apa-apa yang berlaku waktu ambil si isteri pulang dari kerja.
Atas rasa percaya itu jugak yang mendorong aku untuk buat kerja-kerja paper works di rumah sebaik sahaja si isteri sudah lena beradu. Tidak mahu si isteri rasa terabai. Mujur juga si isteri jenis tidur awal.
Atas rasa percaya itu jugak la yang menyebabkan aku lebih menghargai setiap hikmah di sebalik apa jua dugaan yang didatangkan untuk aku. 
Kerana aku tahu, tanggungjawab dan punca rezeki aku untuk keluarga memang jalannya begini...
Mungkin sedikit masa lagi jalannya berubah menjadi lebih baik dan berbaloi..
Siapa tahu?

Jun 3, 2010

Lagenda Budak Setan


Lagenda Budak Setan (LBS) akhirnya telah difilemkan..Gembira sangat rasa dihati ni. Maklumlah, kami berdua memang sangat meminati hasil penulisan AHadiat Akashah..Novel-novel yang masih diingatan; Katerina, Cinderella '98, BonVoyage, Sekeping Kad...,Untuk semua gadis yang pernah kucintai, Pilot Cafe, Balak Blues, Matilda, Gangster err..banyak lagi sebenarnya..Agak kecewa la, semua koleksi Ahadiat yang aku ada tetiba hilang dari rak buku. Yela,ada yang baca tapi tak reti nak letak balik..Huwaaaaa..Mana nak cari lagi buku-buku tu semua..
Movie LBS dah keluar 3Jun,hari ni la.hihi..Terpaksa la tunda untuk tengok wayang ni sebab En.Hubby tiada di sisi..Keluar je iklan movie ni, Hubby awal-awal lagi dah ingatkan supaya movie ni ada dalam list WAJIB Tonton..hihi..Daripada trailer, suka sangat tengok scene & shots yang diorang ambil..sangat cantik, sbb aku ni peminat sinematografi yang indah-indah belaka.. Ops, lupa pula..Sebab kedua kenapa wajib tonton filem ni, adalah kerana Lisa Surihani berlakon..watak Ayu pula tu..Both of us memang minat sangat tengok lakonan Lisa Surihani, tambah2 masa cerita Adamaya. Aku pula, memang dah minat masa tengok dia berlakon I'm Not Single..Gandingan mantap Farid Kamil & Lisa memang tak kan mengecewakan..so, WAJIB tonton tau..Padahal,sendiri pun tak tengok lagi..hahaha..So, nantikan komen filem ni.  (^_^)

May 31, 2010

Off To Klang

"Salam..Kau relaks ye. Abah kat hospital.Accident.Sikit je.."
Sms yang dihantar Along malam tadi..

Amboi..boleh disuruh aku relaks..?
Sesak dada aku bila baca sms tersebut.
Setahu aku, Abah memang orang yang amat berhati-hati dalam pemanduannya.
Baik memandu kereta mahupun motorsikal.. Tak pernah Abah lebih limit hadlaju.
Bila ditanya, Mak & adik-adik seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Aku faham mereka tak mahu aku risau. Tapi,sebagai anak yang tinggal jauh dari keluarga, aku perlu tahu keadaan & cerita sebenar.
Bila ditanya lagi. Abah accident di tempat yang sama dengan Arwah Pak Long accident yang terus meragut nyawanya. Di landasan keretapi di Pelabuhan Klang kira-kira 2 tahun lepas.
Bila ditanya lagi, pukul 2 pagi Abah masih lagi di hospital besar Klang..

Ahhh.. tak boleh jadi. Hati aku tak sedap. Aku memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg galas. Packing siap-siap.

"Boss, My father accident. I got to go back to Klang. I apply emergency leave.. Any site matters please liaise with Abau...Tq"
Tak kisah lah apa yang Dennis reply, yang penting sekarang ni aku nak balik...

May 26, 2010

Harapan Yang Tak Pernah Padam

Penat seharian bekerja & memerah otak menjawab soalan-soalan kontraktor membuatkan badan + otak begitu letih untuk menerima input.  Letih yang sedia ada semakin bertambah, lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak dateline yang perlu dikejar. Namun bila memikirkan erti tanggungjawab, 'letih' itu secara tiba-tiba hilang. Hari-hari kebelakangan ini, ingatan begitu kuat terhadap Mak dan Abah. Tak tahu mengapa begitu kuat ingatan terhadap kedua mereka. 

Tahun ini Abah genap 59 tahun. Sewajarnya, di umur yang sebegitu Abah lebih banyak berehat dan melayan cucu-cucu seramai 9 orang. Lebih bagus lagi ditemani Mak setiap petang di halaman rumah. Selepas Isya', isi masa senggang berkumpul di kedai makan Along. Melihat kerenah dan ragam pelanggan yang pelbagai. Esoknya pagi-pagi ke pasar tani, juga berdua bersama-sama. Setiap kali bilal mengalunkan azan, kedua-dua mereka sudah bersiap untuk berjemaah di masjid bersama-sama.

Namun, itu semua hanyalah jadual imaginasi aku. Kenyataannya, jauh berbeza. Apa yang aku faham, Abah masih lagi kuat bekerja meskipun sudah 4 tahun bersara. Masih lagi mengerah keringat mencari rezeki untuk keluarga. Komitmen hidup yang tinggi menyebabkan Abah memilih inisiatif untuk terus bekerja walaupun sudah bersara. Puas Mak berleter dan tidak jemu berleter. Lebih-lebih lagi jika Abah bekerja double shift sekaligus.Tetapi, Abah tetap dengan kebiasaannya. Bekerja,bekerja, dan bekerja.

Tapi, aku cukup faham apa yang ada dalam fikiran Abah. Adik-adik yang masih belajar dan beberapa komitmen bulanan tetap yang lain menyebabkan Abah terus ingin bekerja.
Aku juga pernah menasihati Abah untuk berhenti bekerja. Tetapi tidak diendahkannya. 

Apa yang aku tahu, aku tidak punya masa yang banyak untuk menggantikan tempatnya secara total.   Komitmen keluarga telah lama aku kongsikan bersama Abah, semenjak bulan pertama aku bekerja 4 tahun dulu. Aku masih lagi terus berdoa agar dibukakan pintu rezeki yang berpanjangan untuk aku terus mencurahkan tanggungjawab pada Mak dan Abah. Aku hanya ada setahun lagi sebelum Abah menginjak umur 60 tahun. Bermula dari setahun akan datang, aku akan pastikan Abah mengikut 'jadual imaginasi' yang aku selalu inginkan. Dan bermula saat itu juga, aku harus menggantikan secara total apa yang telah Abah berikan selama 43 tahun hidupnya. 

Tuhan...tunjukkan aku jalan terbaik untuk menjadikan harapan aku satu kenyataan, sebelum Engkau menjemput kedua-dua mereka kembali pada-Mu..
Tuhan...hulurkan lah petunjuk untuk aku bahagiakan mereka sepenuh-penuhnya, agar aku tahu aku lah anak yang bertanggungjawab pada kedua mereka...

Duet Blogging~

Salam Semua..
Mesti semua macam pelik kan napa nama blog dah tukar,author pon dah tukar..hihi.. Begini Al-kisahnya..
Suatu malam, tetiba suami tersayang macam minat tengok blog2 ni. Siap ada komen2 lagi bila tengok aku tulis blog ni..So, kata sepakat,apakata kita tulis blog sama2.Ala-ala macam kongsi blog.Belum berkemampuan ada blog asing2 kot..hehehe..ade ke?
Bukan apa, kongsi ni pon kira macam kita kongsi hidup la..hehehe..Banyak la sikit entry dalam blog..hihi..Sebenarnya, En.iszuwan ni memang seorang yang bagus sgt penulisannya. Mentang2 BM dapat A ..Ala, lepas ni korang mesti dapat bezakan mana satu entri yang aku tulis and En.iszuwan..hehehe.. So, lepas ni ada entry menarik untuk dikongsi..Tungguuuuu..

May 23, 2010

Khabar Yang Menyesakkan

Salam...
Kadangkala diri ini terlupa tujuan asal kehidupan. Terus mencari dan mencari di mana titik permulaan kehidupan. Kita seakan-akan terus dibawa arus hidup yang mencabar, seolah-olah hidup ini tiada penghujung.

Khabar dari jauh baru-baru ini, benar-benar menyesakkan jiwa. Cukup untuk membuatkan fikiran ini menitip jauh segala apa yang berlaku tahun-tahun kebelakangan ini...Fikiran secara tiba-tiba menjadi kusut.. 
Nafas menjadi sesak. Perit.Pahit.Kalut. Pelbagai rasa menduga rongga akal dan fikiran. Mujur tidak terus diikutkan rasa. Masih bersisa kewarasan saat diri dihimpit dari segenap arah. Mujur juga ada penenang yang sentiasa setia di sisi. Yang terus membisikkan kata-kata semangat untuk terus tabah. Tidak jemu untuk bersama-sama diduga.
Terlintas pesanan yang sering Mak ungkapkan.. " Biar orang buat tak baik pada kita, tapi jangan dibalas benda tak baik pada orang.."
Jujur, diri ini tidak lah sebagus mana untuk menurut pesanan Mak. 
Tapi, jika difikirkan semula apa yang Mak pesankan tu terselit kebenaran. Mengapa tidak dicuba untuk menjadi seperti itu? Mengapa perlu beralasan?
Semoga diri ini terus tabah untuk berdiri dan kekal berdiri...



May 22, 2010

Once in a Life Time~

Salam..So, entri kali ni nak la letak sket gambar2 amatur dulu..gambar2 pro nnt baru kita upload eh.. Majlis nikah pada 12 Mac 2010, Jumaat lepas asar kat surau Taman Perwira..So, nak pegi umah leh jalan kaki jek..hihi..Perkenalan selama 9 tahun (2000-2009) akhirnye berakhir dgn perkahwinan..Nak sampai tarikh tuh,rasa lambat sangat. Padahal dah kenal 9 thn xterasa pon..hahaha..Bak kata org, kalo ada anak dah Darjah 3 pon..hahaha.. Ape yang paling menggembirakan lah selain dapat kahwin (eiii gedikss), kawan2 rapat aku sume datang..Sue (cosmate), K.mel (Senior tersayang), Yaya (deskmate), Za (cosmate), Eijan (cosmate jugak), Paizah (skoolmate), Jue(skoolmate,cosmate,buddy), Aisyah (rumate), Shyha (skoolmate, unimate), Shishi (Buddy) dan opcoz la bridesmate aku Cik Baiti yang tersayang jugak..hihi..Korang lah tulang belakang jugak utk majlis aku aritu..hihi

 oppsss..nih gambar xcukup korum..hehehe..Sowie la, gambor reramai tuh lambat nak upload..hihi..pape pon korang memang besttt..

So, lepas jek bersanding trus gi outdoor..di mana? Opcoz la Mengkuang dam, kata org bukit mertajam..hihi..Yang best sbb all my buddy ikut gi oudoor..yang stay jela..hehehe..
Ha, korang nampak tak dua org best gurl aku tuh..ala,yang kat depan sambil pegang flash..hehehe..k.mel dan shyha telah menjadi trainee secara xlangsung kepada abg fotografer..hehehe..tanpa kalian, gambor musti xcun walaupun pengantin mmg cun abes..hahaha
Banyak aksi yang terpaksa la pose..hehehe..selamat lah en.iszuwan ni tetiba menjadi sporting depan kamera, slalunya manada dia nak posing2 depan kamera nih..hehehe..so terjadi lah aksi sebegini..hehehe
Real x? hehehe..lama lah jugak dok kat outdoor nih.. Utk pengetahuan korang, mengkuang dam ni memeng femes kalo pengantin nk tangkap gambar..Ari tu saja ada lebeh kurang 5pasang pengantin, tapi aku sorang jek pakai gown n suit..hahaha..selamat la, xdelah nak bersaing ngan diorg..hahaha..boleh kerr camtu?
Ni gambar fotografer from butik pengantin yang mcm !~@&*% tuh. Pic dari fotografer sorg lagi a.k.a hapiz (sepupu en.iszuwan) eceh, macam promote plak..belom dapat lagik, almaklum lah dia cover dua2 belah pihak..so,banyak la gambo2 yg nak di edit..So, kita tggu next entri la utk tengok gambar lagik..Adioss$ss$

May 21, 2010

Baru nak letak gambar2 Wedding?~

Salam 1 Malaysia~

Sekarang baru la macam berkobar2 nak hupdate blog ni..hihi..Al-maklum la Daku suda mendapat kembali Broadband ku..hihi..So, mungkin bukan tetiap ari nak hupdate blog ni..tp, once aku benti keja insyaAllah tetiap hari la di hupdate kan..hehehe..konon la berkobar2..hihi..Marah En. Iszuwan sbb dok ngadap blog tapi tesis x tulis2 jugak..hahaha..sekali, broadband aku disita plak..hahaha
Eh, sebenar nak cite tntang majlis aku aritu.. Apakah kejadian2 yang telah berlaku sepanjang date tu? Jeng2..ikut la baca eh, setiap entri2..hihi..xcukup 1 entri jek..
Al-kisahnya, sehari sebelum nikah meaning malam berinai tuh butik pengantin dtg la nak pasang pelamin ape bagai..tapi, sungguh mengecewakan ape yg diorg wat..DISASTER! Cth pelamin yang dijanjikan ..


Baju hubby aku plak? rancang2 nak wat mandarin kot..agak2 korang tau xrupenya? ha, cth nya camni..
Korang tengok la sendiri next entri gambar2 kawen yang akan diupload nnt..huhu

May 10, 2010

Fasa Perubahan dalam Kehidupan~

Salam..Lama sangat tak hupdate blog nih..Maklumlah, xde streamyx lagi..broadband pon rasa nak tukar ke celcom,tapi xberganjak2 lagik.. Alhamdulillah, dah sebulan aku kerja kat Hosp Sultanah Bahiyah, Alor Star. Sebagai? Jeng..jeng.. Application support engineer..hahaha..klakar kan? jauh gile beza ngan qualification aku..huhu..tp tuh la, rezeki ada di mana2.tambah2 plak kemelesetan so xleh la memilih keje sangat..
Hupdate terkini? erm..still menunggu kehadiran org baru, bile la xtau..xsabar sebenarnya..tambah2 my hubby, en. iszuwan. suke sgt if dpt baby,tmbah2 baby gurl..tapi tula, belum ada rezeki lagi.. Usaha dah digandakan..hahaha.. cari macam2 information utk conceive..fertility, guidance for preggy women..huhu..
Macam2 cara yang dah wat, makan folic acid, ukur basal body temperature utk tau masa subur..huhu..kita tunggu hujung bulan ni if ade berita org baru..
Bile tengok cite adamaya,seronok sangt tengok Amani..sangat chumelll...cute abessss..hopefully doa kami dimakbulkan.. Kepada rakan2, doakan la kebahagiaan keluarga ku~  (^_^)

Mar 29, 2010

Kehidupan Selepas Kahwin~

Salam..setelah lama xtulis pape kat blog ni,so kene start balik..Maklum lah,sibuk ngan resepsi kat klang lagi..Pindah ke AS lagi..memang memenatkan..huhu..Sebab pe? My Hubby keje di AS ari ahad...dah la majlis ari ahad..konpem penat,so ari isnin terpaksa la amik cuti..hihi..
Terlalu banyak kejadian yang terjadi masa resepsi, sebelah Penang dan Klang..Susah nak citer,panjang sangat~ Kesimpulannya, gunalah wedding planner yang bertauliah..hehehe..means dari awal sampai akhir preparation disediakan oleh wedding planner tuh..kalau boleh biar hunymun pon diuruskan oleh wedding planner tuh..huhu.. Betulll..xdelah nnt prob tetamu xdapat guddies bag la..projektor xleh function la..pelamin xmcm design sepatutnya la..baju yang tah pape..
Alamak..disebabkn penggunaan internet adalah terhad, nnt kita sambung lagi..hihi..wait for next entry~

Mar 7, 2010

5days to go~

Alamak, tinggal lagi seminggu jek?sempat ke ni? hihi..ape yang sempatnya? So,kali ni entri, nak list all the things (checklist). Kene la divide into beberapa section:

Barang Hantaran For Him

1. Cincin
2. Sireh Junjung
3.Perfume
4. Set wallet n belt
5. Kasut
6. Baju
7.Sejadah
8.Coklat
9.Buah
 tapi actually akan ditambah lagi oleh sedara mara, yang ni list barang2 yang aku nak bagi jek..hihhi..Sume barang2 ni baru jek aku gi anta untuk digubah..sireh junjung the last la,sbb takut sirehnye layu..Marah mak mentua aku,dah la nak sireh junjung tinggi2,kalau layu abeh la kene komen lak..
Solemnization day 
1. Cincin
2. Hand bouquet
3. Dress, veil, shawl, shoes
4. Ic and surat kebenaran nikah
 Erm..baru tadi dapat artwork untuk banner,so after minta di edit certain thing..bannernyer rupe begini~

 

aku tengah sibuk2 ni,maklumlah arinya dah nak dekat.. lipat2 beg untuk goodies, kemas2 rumah, bilik, nak cat bilik lagi..ermm..so,sambung for the next entri..


Feb 23, 2010

MooD Oh MoOd~

Saalam..arini mmg xde mood..eh, arini je ke? ari lain pon sama gak kot..hehe..Maybe bertambah xde mood sbb bulan timbul kot..hahaha..Petang ni nak kene travel gi Bangi, nak gi amik Chocolate door gift, my shawl, my dress for solemnization nnt..So, ape kata kita tggu the next entri macamana la rupa barang2 yang aku nak gi amik nnt..hint2 aku letak kat bawah ni, yang separuh siap la..hehehe~

Feb 21, 2010

Percubaan Pertama~

Salam..for entri kali ni, aku nak citer sket tentang percubaan2 yang telah dilakukan..hihi..Disebabkan aku ni sebenarnya xberminat untuk kerja makan gaji, tmbah plak tetiba kena pindah ke Alor Setar. Macam mati kutu pon ade, xtau nak kerja ape kat sana. So, sepanjang aku kat umah ni nak la memanfaatkan masa yang ada dgn wat menda yang mendatangkan hasil..Salah satu percubaan ialah, membuat cupcakes..
This is my 1st time wat cupcakes,before this aku tau wat kek sponge jek..kek coklat (mud cake) instant and yang terkenal dikalangan famili aku ialah kek tongkat ali..hahaha.. Actually xde la susah sgt pon,sbb kat area BM ni ada 2 kedai yang jual barang2 wat kek, yang aku tau la..hehehe..satu kat Taman Kota Permai satu lagi kat area Tmn Desa Damai.. Tapi skang ni aku slalu gi beli brg2 wat kek or biskut (time raya jela) kat Eazy Bakery kat Taman Kota Permai, BM. Disebabkan Cuti Raya Cina,so diorg tutup la.Sampai la ari sabtu lepas aku baru berkesempatan nak gi beli barang2 utk wat cupcakes and fondant.
Kat Eazy bakery ni memang macam2 ada..Nak wat roti ke, kek, tat sume ada..Macam2 tepung campuran (premix) ada kat sini.Blueberry cheese cake nampak cam best jek..nanti nak try wat..hihi..So, barang2 yang dicari dah jumpa,balik try la wat fondant dulu sbb wat fondant ni mcm leceh jek..hehehe..
Mari kita tengok mcmna 1st trial ni..hehehe..Tapi tula, belajar wat kek n fondant ni aku blaja/ tengok kat internet jek..Mama kata, kat kedai Eazy Bakery ni dia ada buka kelas utk wat kek,roti,piza,cake deco..nnt aku nak gak try pi blaja kat  sana, at least leh blaja teknik..hehehe..So, utk wat fondant mengikut resipi dari buku, yang penting kene ada gula icing, gelatin, gliserin, air, pewarna..Mcm kelakar pon ada mula2 wat, tapi actually mcm main plastisin jek..ha, mcmana nak deco fondant ni?yang aku tau wat bunga ros, tu pon yang simple2 jek..but still need improvement.. (^_^)
So, pas wat fondant aku trus wat kek coklat cip.. Time wat dah petang so,trus leh minum petang..Cupcakes chocolate bersama teh..Fondant? Hahaha..ditinggalkan jek sbb makan cupcakes saja dah sedap..Selamat la fondant tuh leh simpan dalam Peti ais..hehehe

Feb 3, 2010

'Resign' kah?

Salam..this is my 2nd post~ Semalam, dah jumpa prof untuk bgtau plan aku yang tetiba berubah dalam masa 1 hari..Ye lah, En.Iszuwan just gi interview 1 day then trus dapat that job but posting at ALOR SETAR~ huhu.. Terpaksa bercerita jugak la kat prof, masalah sebenar..Actually,its not really prob but i it as good opportunity for US to begin new life at new place, new environment, new roles n position (^_^)  But prof still keep asking why suddenly and its still early before your wedding date,then why u wanna 'resign'? So, dengan berterus terang aku pon menjadikan mama sebagai alasan, kononnye mama yang suruh balik. At last terpaksa juga la cakap benda yang betul sbb prof still mcm xpuas dengan jawapan yang aku bagi.. Disebabkan gaji Januari xdapat, means no money..camne nak hidup at least sampai hujung bulan ni? Walaupun E.iszuwan yang banyak membantu..eceeeehhhhh.. credit to him..hihi.. The idea is, aku stay kat bangi ni sampai tengah bulan la.so, bayar sewa pon separuh bulan jela..dah save..hehehe..OPsss..berbalik kepada cite 'resign'.. Prof pon cam kesian je bila tau aku xdapat gaji that month, and prof try bayar juga..hihi.. Sebenarnya, mula2 masuk bilik prof dah nampak muka prof ala-ala sugul gitu..dah agak dah sebab masa before masuk, dah jumpa dengan k.ila (S/u Prof) so story2 la sket.. Kononnya, sorang RA (research assistant) prof baru je dtg semalam nak resign..Masuk ni dah 2 org resign dlm bulan yang sama..silap,termasuk aku 3 lah.. sape la yang akan jaga lab nanti selain Abg Choo n K.mel..huhu..yang lelain suma dah abeh, writing la.. Huhu.. Aku bukan pe, kalau bukan nak kahwin,aku pon takkan pindah..
Rasa sedeh+ kecewa la jugak xdapat duduk bangi~ Kawan2 pon dah xde kat Alor setar..Ni antara kawan2 kat Lab.
Rindu makanan dekat bangi, Bangi ni ibarat surga makanan..

Easy access, dekat ngan n9, KL, Putrajaya..huhu..Banyak tempat yang tinggalkan kenangan..Antaranya,the latest masa panjat broga ngan kawan2..Bessshhhhh sgt22..

Nak dekat 6 thn la jugak duduk bangi, which is 3 tahun wat Degree, 3tahun wat Master.. Dah arif sangat shortcut, jalan2 kat sini..huwaaaaaaaaa.. Will be missing BANDAR BARU BANGI!

Jan 31, 2010

Tahniah Kepada Diri Sendiri~ =)

Salam 1Malaysia kepada semua~Hihi..
Akhirnya,dah ada blog sendiri. Before this ade blog on wedding (www.mywedding.com/zianwan.), all about my preparation and knowledge for those who are getting married~.. So this is my beginning for a new life called 'wife'.. Wah, bile dengar perkataan wife memang menakutkan..Mengingatkan kita tentang tanggungjawab, yelah kan anak perempuan bila dah kahwin dah lepas tggugjwb parents tapi kita sebagai perempuan sudah menjadi hak suami,so kita dah kene taat pada org kedua selain parent~ Oppsss..sebelum to,let me introduce myself 1st..

Nama panggilan, ~Zian~ dikalangan kekawan la,di U,di sekolah (Men & Rendah) but kat matrik ade yang panggil Mak Uda & Zian..kenape? Citernya lain kali lah..hehehehe.. Di kalangan kawan2 En.Iszuwan (My fiance,now la), diorang panggil Jue~ Dat is my name among my relatives/family~ Now,tengah writing master thesis. Projek dah siap (labwork) setakat ni lah. Dalam proses job searching~ Bukan lah memilih,tp kerja tuh yang memilih orang..hihihi~ Plan masa depan? Will getting married to Mr. Iszuwan, this coming March (13march & 21march). Iklan sebentar~..Dikesempatan ni nak lah jemput kekawan yang mengenali diri ini. Maaf la kalau ade yang saya terlupa,but do remind me..So,pls give me ur address for invitation card..



Continue back from commercial break, will start my new life with my soul partner at Alor Setar.. FYI, Mr.Iszuwan bukan lah orang sana but ade projek yang perlu di 'handle' kat sana maybe minimum for 1 year~ Untuk menjadi isteri yang baik, kene la ikut kan? walaupun tak tau lagi kehidupan kat sana macamana, dah la tak dpt kerja lagi..But i believe, Rezeki ada di mana2. Apa yang penting, KERJASAMA & USAHA~ Walaupun orang kata, belajar tinggi2 tapi xkerja besar. Dats not the point,coz we know what we want~ Macam saya, i know my passion in research but i want to settle it thru biznes.. Saya ni jenis yang suka berniaga,yelah orang suka bercakap..Bab promote ni nombor satu..hahahahaha~
Menulis blog adalah permulaan untuk menceburi bisnes..For this meantime, nak wat bisnes online..But what bisnes? Just wait for the next Entri..Coming Soon..~