expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Nov 29, 2011

Alamak, dah sold out~

Maaf cuma nak update, CD Minky Bamboo dah out of stock..Hanya akan restock awal januari nanti..Macam goreng pisang panas..Tp takpe, korang boleh pilih jenis Minky yang baru saja restock..cuma bukan bamboo charcoal la..hehe..
Ok, pilih jangan tak pilih~ Ape-ape pun, jgn malu bertanya. Saya sedia menjawab pertanyaan anda, eceh macam kaunter pertanyaan..Hehehe

Nov 28, 2011

Senarai Items~

Senarai harga untuk items yang boleh didapati di hanania's closet.. Jangan tunggu lagi, hurry up and grab!!!

Lagi banyak anda beli, lagi banyak diskaun~

Nov 24, 2011

CD Minky Bamboo

  • Pilihan bercorak (Fabrik Minky)
  • Menggunakan inner bamboo charcoal
  •  Saiz dari 3kg-15kg (Pandangan peribadi boleh guna sehingga 20kg)  
  • 2 helai Insert :Bamboo Cotton  4 layer (tiada bau hancing walau guna 6 jam sampai lencun insert tu kerana ianya aktibakteria) 
  • Ada button tambahan di tepi peha bagi mengelakkan kebocoran dan nampak lebih kemas.


 
Info Menarik

Inner Fabrik Bamboo Charcoal mempunyai banyak kebaikan:
- Memperbaiki peredaran darah
- Mengurangkan bau
- Fabrik anti bakteria
- Mempunyai sinar infra jauh (Far Infrared)
- Cepat menyerap air dan cepat kering 
- Untuk kulit SENSITIF

Insert Bamboo Cotton 4 layer (4 lapisan) :
- Mengurangkan bau
- Fabrik anti bakteria
- Cepat menyerap air dengan kuantiti yang banyak
 

Harga: RM45/ pc. Sila emelkan pesanan anda dengan menyatakan Kod Cd yang tertera pada gambar serta kuantiti kepada bee_smapian@yahoo.com
Happy Shoppink~

CD Printed Bamboo


  • Pilihan bercorak (Kain bahagian luar jenis PUL)
  • Menggunakan inner bamboo charcoal
  • Saiz dari 3kg-15kg
  • 2 helai Insert :Bamboo Cotton  4 layer (tiada bau hancing walau guna 6 jam sampai lencun insert tu kerana ianya aktibakteria)
  • Ada button tambahan di tepi peha bagi mengelakkan kebocoran dan nampak lebih kemas. 
 

Info Menarik

Inner Fabrik Bamboo Charcoal mempunyai banyak kebaikan:
- Memperbaiki peredaran darah
- Mengurangkan bau
- Fabrik anti bakteria
- Mempunyai sinar infra jauh (Far Infrared)
- Cepat menyerap air dan cepat kering

Insert Bamboo Cotton 4 layer (4 lapisan) :
- Mengurangkan bau
- Fabrik anti bakteria
- Cepat menyerap air dengan kuantiti yang banyak 


Harga: RM40/ pc. Sila emelkan pesanan anda dengan menyatakan Kod Cd yang tertera pada gambar serta kuantiti kepada bee_smapian@yahoo.com
Happy Shoppink~

CD Printed


  • Pilihan bercorak (Fabrik PUL)
  • Menggunakan inner microsuede (lebih kering berbanding inner microfleece).
  • Saiz dari 3kg-15kg ( Pandangan peribadi sehingga 18 kg)
  • Insert microfiber (2 Helai)
  • Ada button tambahan di tepi peha bagi mengelakkan kebocoran dan nampak lebih kemas.
  
Harga: RM28/ pc. Sila emelkan pesanan anda dengan menyatakan Kod Cd yang tertera pada gambar serta kuantiti kepada bee_smapian@yahoo.com
Happy Shoppink~

CD Plain

Terdapat pelbagai warna yang dipilih untuk anak tersayang.. Setiap CD disertakan 2 insert mikrofiber..Harga? Hanya RM 25/pc..Mari pilih-pilih~ =)

Keterangan CD Plain:

  •   Pilihan tidak bercorak (Fabrik PUL)
  •   Menggunakan inner microsuede (lebih kering berbanding inner microfleece).
  •   Saiz dari 3kg-15kg.
  •   Insert microfiber(2 helai)
  •   Ada button tambahan di tepi peha bagi mengelakkan kebocoran dan nampak lebih kemas.(Sayap tak jatuh




Untuk order, sila nyatakan kuantiti serta kod warna yang tertera pada setiap CD. Emailkan pesanan kepada bee_smapian@yahoo.com..

Grand Opening!!~

Welcome to all customer. Currently we are open officially.. Special offers for 10 early customers..
Happy Shoppink~

Nov 23, 2011

Tips Basuhan dan Penjagaan CD~

Cara basuh CD

  1. CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.(inner suede seperti QQ Baby cuma basuh sekali sahaja).Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya..
  2.  CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
  3. Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk pureen HAD/ Autumnz Baby Safe Laundry Detergent. Kalau nak jimat guna sabun serbuk daia atau sabun serbuk fab antibakteria).
  4. Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD sehingga 2 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik). Gunakan laundry beg/ net apabila basuh menggunakan mesin basuh untuk menjaga jahitan dan fabric CD.
  5. Lakukan strip wash sekali sekala (1-2 bulan sekali) apabila anda mendapati kebocoran apabila dipakai. Strip wash adalah untuk menghilangkan residu pencuci dan kulapuk yang mungkin tertinggal pada CD/insert.

P/s: Keluarkan insert dari CD sebelum rendaman atau basuhan.



Strip Wash

Tujuan melakukan strip wash adalah untuk menanggalkan residu pencuci yang mungkin tertinggal tambahan jika mencuci menggunakan tangan. Ini dapat meningkatkan balik daya serapan CD serta memutihkan CD supaya nampak seperti baru. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan strip wash. Anda boleh pilih cara berikut:

  1. CARA 1: Sapukan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight) atau cecair pencuci alatan kanak-kanak (Pigeon Bottle Nipple & Vegetable Liquid Cleanser) pada bahagian inner CD. Sental dengan lembut menggunakan cara fabric ke fabric. Terbalikkan bahagian dalam CD ke luar serta lakukan cara yang sama. Kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dan bilas sehingga bersih (tiada buih).
  2. CARA 2: Rendamkan CD ke dalam ½ baldi air suam dicampurkan ½ cawan cuka makan. Rendamkan selama 15 minit. Bilas dengan bersih dan masukkan sedikit soda bikarbonat untuk memutihkan CD/ insert pada cucian terakhir. Bilas bersih dan keringkan.
  3. CARA 3: Basuh menggunakan air suam/ jika mesin basuh mempunyai kawalan suhu, setkan suhu 60ÂșC. Suhu yang terlalu panas akan merosakkan CD anda. Basuh berulang kali tanpa menggunakan sabun.

P/S: Matahari adalah agen penghapus kuman dan pemutih terbaik untuk CD anda.


Anda boleh juga melihat dengan lebih lanjut cara penjagaan CD di link ni..Sangat berguna..clothdiapermalaysia.com