expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jul 14, 2010

From Alor Setar to Besut...

Salam...
Ada beberapa perkara yang nak dikongsikan untuk entri terbaru ini, selepas lama menghilangkan diri..
Kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan kehidupan sedikit bercelaru..
Awal Julai, aku terpaksa membuat keputusan yang paling besar dalam hidup, terutama selepas berkahwin.
Mana tidaknya, aku ditawarkan dengan position baru yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang lebih besar.
Nak ditolak, terasa sayang..peluang yang amat baik. Nak terima, keberanian belum cukup memenuhi setiap inci diri. 
Namun, selepas ditimbang dari segala sudut, keputusan bersama diambil.. Tawaran diterima.
Banyak perkara yang menjadi pertimbangan. Tapi yang paling utama ialah masa depan dan perancangan kewangan keluarga yang amat dititikberatkan. 
Lalu, bermulalah satu perjalanan merentasi jalan hutan daerah Grik, bermula dari Alor Setar hingga ke sebuah pekan kecil yang bernama jerteh, Terengganu. Dari Alor Setar, menyusur ke Baling dan Sik...Terus ke Gerik merentasi banjaran Titiwangsa sehinggalah sampai ke Jeli. Perjalanan diteruskan ke Bukit Bunga, Tanah Merah, Machang hinggalah ke destinasi terakhir, Jerteh. Sesungguhnya perjalanan yang memakan masa 5 jam itu cukup mencabar memandangkan ini adalah kali pertama aku ke sana. Berseorangan pulak tu. Lebih-lebih lagi sebahagian perjalanan  melibatkan hari yang sudah pun malam.
Seminggu di sana menjadikan aku berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Pihak-pihak yang terlibat yang bakal menyiapkan projek Universiti Darul Iman Kampus Besut.
Dalam tempoh ini jugalah fikiran tidak pernah lari dari memikirkan si isteri yang ditinggalkan keseorangan di Alor Setar. Semenjak berkahwin, kami tidak pernah berenggang. Ke mana-mana berdua,bersama...
Banyak kekurangan di Jerteh jika nak dbandingkan dengan Alor Setar. Dari segi culture, makanan hinggalah ke seremeh-remeh perkara, amat payah untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan baru.
Selepas seminggu di sana, aku pulang semula ke Alor Setar dengan harapan mencari satu penyelesaian..
Adakah perlu si isteri ikut bersama tinggal di sana? Dan meninggalkan kerja nya di Alor Setar yang baru bertapak? Yang mana aku tahu, di Besut amat susah mencari peluang pekerjaan untuk si isteri?
Mungkinkah itu jalan terbaik, sedangkan tujuan utama kami adalah meningkatkan ekonomi keluarga? 
Adakah perlu menjadi weekend husband-wife? Yang mana aku perlu on-off Besut-Alor Setar?
Apakah keadaannya bila ditinggalkan berseorangan di Alor Setar nanti? Bagaimana dengan sakit pening si isteri bila aku tiada di sisi? 
Sedangkan projek yang akan dijalankan di sana hanya memakan masa 14 bulan sahaja...
Itu semua menjadi persoalan yang masih belum terjawab hinggalah ke hari ini...

Dan ada seseorang memberi pendapat pada aku...
"Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suami...? Tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk pasangan itu bersama-sama dalam setiap ruang kehidupan."

Fikiran masih lagi cuba mencari jalan terbaik untuk kehidupan yang seterusnya....


      - Shared by : Hun -