Salam...
Kadangkala diri ini terlupa tujuan asal kehidupan. Terus mencari dan mencari di mana titik permulaan kehidupan. Kita seakan-akan terus dibawa arus hidup yang mencabar, seolah-olah hidup ini tiada penghujung.
Khabar dari jauh baru-baru ini, benar-benar menyesakkan jiwa. Cukup untuk membuatkan fikiran ini menitip jauh segala apa yang berlaku tahun-tahun kebelakangan ini...Fikiran secara tiba-tiba menjadi kusut..
Nafas menjadi sesak. Perit.Pahit.Kalut. Pelbagai rasa menduga rongga akal dan fikiran. Mujur tidak terus diikutkan rasa. Masih bersisa kewarasan saat diri dihimpit dari segenap arah. Mujur juga ada penenang yang sentiasa setia di sisi. Yang terus membisikkan kata-kata semangat untuk terus tabah. Tidak jemu untuk bersama-sama diduga.
Terlintas pesanan yang sering Mak ungkapkan.. " Biar orang buat tak baik pada kita, tapi jangan dibalas benda tak baik pada orang.."
Jujur, diri ini tidak lah sebagus mana untuk menurut pesanan Mak.
Tapi, jika difikirkan semula apa yang Mak pesankan tu terselit kebenaran. Mengapa tidak dicuba untuk menjadi seperti itu? Mengapa perlu beralasan?
Semoga diri ini terus tabah untuk berdiri dan kekal berdiri...
No comments:
Post a Comment