expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 14, 2011

Selusuh~

Cara Membuat Selusuh
Lebih elok dilakukan oleh suami (lebih afdal) atau keluarga. Dilakukan selepas solat hajat, seeloknya Khamis malam Jumaat. Para ulama menghasilkan air selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:
1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak
5. Beristighfar (3 kali)
6. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
7. Al Fatihah (1 kali)
8. Selawat (11 kali)\
9. Alam Nasyrah (7 kali)
10. Al-Ikhlas (3 kali)
11. Al Falaq (3 kali)
12. An Naas (3 kali)
13. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.


Penggunaan?
Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)..
Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Selusuh ni kita boleh buat pada air zam-zam / air musoffa / air za'faran, minyak dan kurma.
Melalui pembacaan, ada yang kata seminggu sebelum due date tu dah elok amalkan selusuh ni..Amalkan makan kurma masa dekat nak bersalin, yelah kan kurma memberikan tenaga masa nak meneran nanti..Apa pun, semangat mesti kuat...Jangan lupa Selawat 7kali setiap kali contraction..