expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 31, 2010

Off To Klang

"Salam..Kau relaks ye. Abah kat hospital.Accident.Sikit je.."
Sms yang dihantar Along malam tadi..

Amboi..boleh disuruh aku relaks..?
Sesak dada aku bila baca sms tersebut.
Setahu aku, Abah memang orang yang amat berhati-hati dalam pemanduannya.
Baik memandu kereta mahupun motorsikal.. Tak pernah Abah lebih limit hadlaju.
Bila ditanya, Mak & adik-adik seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Aku faham mereka tak mahu aku risau. Tapi,sebagai anak yang tinggal jauh dari keluarga, aku perlu tahu keadaan & cerita sebenar.
Bila ditanya lagi. Abah accident di tempat yang sama dengan Arwah Pak Long accident yang terus meragut nyawanya. Di landasan keretapi di Pelabuhan Klang kira-kira 2 tahun lepas.
Bila ditanya lagi, pukul 2 pagi Abah masih lagi di hospital besar Klang..

Ahhh.. tak boleh jadi. Hati aku tak sedap. Aku memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg galas. Packing siap-siap.

"Boss, My father accident. I got to go back to Klang. I apply emergency leave.. Any site matters please liaise with Abau...Tq"
Tak kisah lah apa yang Dennis reply, yang penting sekarang ni aku nak balik...

May 26, 2010

Harapan Yang Tak Pernah Padam

Penat seharian bekerja & memerah otak menjawab soalan-soalan kontraktor membuatkan badan + otak begitu letih untuk menerima input.  Letih yang sedia ada semakin bertambah, lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak dateline yang perlu dikejar. Namun bila memikirkan erti tanggungjawab, 'letih' itu secara tiba-tiba hilang. Hari-hari kebelakangan ini, ingatan begitu kuat terhadap Mak dan Abah. Tak tahu mengapa begitu kuat ingatan terhadap kedua mereka. 

Tahun ini Abah genap 59 tahun. Sewajarnya, di umur yang sebegitu Abah lebih banyak berehat dan melayan cucu-cucu seramai 9 orang. Lebih bagus lagi ditemani Mak setiap petang di halaman rumah. Selepas Isya', isi masa senggang berkumpul di kedai makan Along. Melihat kerenah dan ragam pelanggan yang pelbagai. Esoknya pagi-pagi ke pasar tani, juga berdua bersama-sama. Setiap kali bilal mengalunkan azan, kedua-dua mereka sudah bersiap untuk berjemaah di masjid bersama-sama.

Namun, itu semua hanyalah jadual imaginasi aku. Kenyataannya, jauh berbeza. Apa yang aku faham, Abah masih lagi kuat bekerja meskipun sudah 4 tahun bersara. Masih lagi mengerah keringat mencari rezeki untuk keluarga. Komitmen hidup yang tinggi menyebabkan Abah memilih inisiatif untuk terus bekerja walaupun sudah bersara. Puas Mak berleter dan tidak jemu berleter. Lebih-lebih lagi jika Abah bekerja double shift sekaligus.Tetapi, Abah tetap dengan kebiasaannya. Bekerja,bekerja, dan bekerja.

Tapi, aku cukup faham apa yang ada dalam fikiran Abah. Adik-adik yang masih belajar dan beberapa komitmen bulanan tetap yang lain menyebabkan Abah terus ingin bekerja.
Aku juga pernah menasihati Abah untuk berhenti bekerja. Tetapi tidak diendahkannya. 

Apa yang aku tahu, aku tidak punya masa yang banyak untuk menggantikan tempatnya secara total.   Komitmen keluarga telah lama aku kongsikan bersama Abah, semenjak bulan pertama aku bekerja 4 tahun dulu. Aku masih lagi terus berdoa agar dibukakan pintu rezeki yang berpanjangan untuk aku terus mencurahkan tanggungjawab pada Mak dan Abah. Aku hanya ada setahun lagi sebelum Abah menginjak umur 60 tahun. Bermula dari setahun akan datang, aku akan pastikan Abah mengikut 'jadual imaginasi' yang aku selalu inginkan. Dan bermula saat itu juga, aku harus menggantikan secara total apa yang telah Abah berikan selama 43 tahun hidupnya. 

Tuhan...tunjukkan aku jalan terbaik untuk menjadikan harapan aku satu kenyataan, sebelum Engkau menjemput kedua-dua mereka kembali pada-Mu..
Tuhan...hulurkan lah petunjuk untuk aku bahagiakan mereka sepenuh-penuhnya, agar aku tahu aku lah anak yang bertanggungjawab pada kedua mereka...

Duet Blogging~

Salam Semua..
Mesti semua macam pelik kan napa nama blog dah tukar,author pon dah tukar..hihi.. Begini Al-kisahnya..
Suatu malam, tetiba suami tersayang macam minat tengok blog2 ni. Siap ada komen2 lagi bila tengok aku tulis blog ni..So, kata sepakat,apakata kita tulis blog sama2.Ala-ala macam kongsi blog.Belum berkemampuan ada blog asing2 kot..hehehe..ade ke?
Bukan apa, kongsi ni pon kira macam kita kongsi hidup la..hehehe..Banyak la sikit entry dalam blog..hihi..Sebenarnya, En.iszuwan ni memang seorang yang bagus sgt penulisannya. Mentang2 BM dapat A ..Ala, lepas ni korang mesti dapat bezakan mana satu entri yang aku tulis and En.iszuwan..hehehe.. So, lepas ni ada entry menarik untuk dikongsi..Tungguuuuu..

May 23, 2010

Khabar Yang Menyesakkan

Salam...
Kadangkala diri ini terlupa tujuan asal kehidupan. Terus mencari dan mencari di mana titik permulaan kehidupan. Kita seakan-akan terus dibawa arus hidup yang mencabar, seolah-olah hidup ini tiada penghujung.

Khabar dari jauh baru-baru ini, benar-benar menyesakkan jiwa. Cukup untuk membuatkan fikiran ini menitip jauh segala apa yang berlaku tahun-tahun kebelakangan ini...Fikiran secara tiba-tiba menjadi kusut.. 
Nafas menjadi sesak. Perit.Pahit.Kalut. Pelbagai rasa menduga rongga akal dan fikiran. Mujur tidak terus diikutkan rasa. Masih bersisa kewarasan saat diri dihimpit dari segenap arah. Mujur juga ada penenang yang sentiasa setia di sisi. Yang terus membisikkan kata-kata semangat untuk terus tabah. Tidak jemu untuk bersama-sama diduga.
Terlintas pesanan yang sering Mak ungkapkan.. " Biar orang buat tak baik pada kita, tapi jangan dibalas benda tak baik pada orang.."
Jujur, diri ini tidak lah sebagus mana untuk menurut pesanan Mak. 
Tapi, jika difikirkan semula apa yang Mak pesankan tu terselit kebenaran. Mengapa tidak dicuba untuk menjadi seperti itu? Mengapa perlu beralasan?
Semoga diri ini terus tabah untuk berdiri dan kekal berdiri...



May 22, 2010

Once in a Life Time~

Salam..So, entri kali ni nak la letak sket gambar2 amatur dulu..gambar2 pro nnt baru kita upload eh.. Majlis nikah pada 12 Mac 2010, Jumaat lepas asar kat surau Taman Perwira..So, nak pegi umah leh jalan kaki jek..hihi..Perkenalan selama 9 tahun (2000-2009) akhirnye berakhir dgn perkahwinan..Nak sampai tarikh tuh,rasa lambat sangat. Padahal dah kenal 9 thn xterasa pon..hahaha..Bak kata org, kalo ada anak dah Darjah 3 pon..hahaha.. Ape yang paling menggembirakan lah selain dapat kahwin (eiii gedikss), kawan2 rapat aku sume datang..Sue (cosmate), K.mel (Senior tersayang), Yaya (deskmate), Za (cosmate), Eijan (cosmate jugak), Paizah (skoolmate), Jue(skoolmate,cosmate,buddy), Aisyah (rumate), Shyha (skoolmate, unimate), Shishi (Buddy) dan opcoz la bridesmate aku Cik Baiti yang tersayang jugak..hihi..Korang lah tulang belakang jugak utk majlis aku aritu..hihi

 oppsss..nih gambar xcukup korum..hehehe..Sowie la, gambor reramai tuh lambat nak upload..hihi..pape pon korang memang besttt..

So, lepas jek bersanding trus gi outdoor..di mana? Opcoz la Mengkuang dam, kata org bukit mertajam..hihi..Yang best sbb all my buddy ikut gi oudoor..yang stay jela..hehehe..
Ha, korang nampak tak dua org best gurl aku tuh..ala,yang kat depan sambil pegang flash..hehehe..k.mel dan shyha telah menjadi trainee secara xlangsung kepada abg fotografer..hehehe..tanpa kalian, gambor musti xcun walaupun pengantin mmg cun abes..hahaha
Banyak aksi yang terpaksa la pose..hehehe..selamat lah en.iszuwan ni tetiba menjadi sporting depan kamera, slalunya manada dia nak posing2 depan kamera nih..hehehe..so terjadi lah aksi sebegini..hehehe
Real x? hehehe..lama lah jugak dok kat outdoor nih.. Utk pengetahuan korang, mengkuang dam ni memeng femes kalo pengantin nk tangkap gambar..Ari tu saja ada lebeh kurang 5pasang pengantin, tapi aku sorang jek pakai gown n suit..hahaha..selamat la, xdelah nak bersaing ngan diorg..hahaha..boleh kerr camtu?
Ni gambar fotografer from butik pengantin yang mcm !~@&*% tuh. Pic dari fotografer sorg lagi a.k.a hapiz (sepupu en.iszuwan) eceh, macam promote plak..belom dapat lagik, almaklum lah dia cover dua2 belah pihak..so,banyak la gambo2 yg nak di edit..So, kita tggu next entri la utk tengok gambar lagik..Adioss$ss$

May 21, 2010

Baru nak letak gambar2 Wedding?~

Salam 1 Malaysia~

Sekarang baru la macam berkobar2 nak hupdate blog ni..hihi..Al-maklum la Daku suda mendapat kembali Broadband ku..hihi..So, mungkin bukan tetiap ari nak hupdate blog ni..tp, once aku benti keja insyaAllah tetiap hari la di hupdate kan..hehehe..konon la berkobar2..hihi..Marah En. Iszuwan sbb dok ngadap blog tapi tesis x tulis2 jugak..hahaha..sekali, broadband aku disita plak..hahaha
Eh, sebenar nak cite tntang majlis aku aritu.. Apakah kejadian2 yang telah berlaku sepanjang date tu? Jeng2..ikut la baca eh, setiap entri2..hihi..xcukup 1 entri jek..
Al-kisahnya, sehari sebelum nikah meaning malam berinai tuh butik pengantin dtg la nak pasang pelamin ape bagai..tapi, sungguh mengecewakan ape yg diorg wat..DISASTER! Cth pelamin yang dijanjikan ..


Baju hubby aku plak? rancang2 nak wat mandarin kot..agak2 korang tau xrupenya? ha, cth nya camni..
Korang tengok la sendiri next entri gambar2 kawen yang akan diupload nnt..huhu

May 10, 2010

Fasa Perubahan dalam Kehidupan~

Salam..Lama sangat tak hupdate blog nih..Maklumlah, xde streamyx lagi..broadband pon rasa nak tukar ke celcom,tapi xberganjak2 lagik.. Alhamdulillah, dah sebulan aku kerja kat Hosp Sultanah Bahiyah, Alor Star. Sebagai? Jeng..jeng.. Application support engineer..hahaha..klakar kan? jauh gile beza ngan qualification aku..huhu..tp tuh la, rezeki ada di mana2.tambah2 plak kemelesetan so xleh la memilih keje sangat..
Hupdate terkini? erm..still menunggu kehadiran org baru, bile la xtau..xsabar sebenarnya..tambah2 my hubby, en. iszuwan. suke sgt if dpt baby,tmbah2 baby gurl..tapi tula, belum ada rezeki lagi.. Usaha dah digandakan..hahaha.. cari macam2 information utk conceive..fertility, guidance for preggy women..huhu..
Macam2 cara yang dah wat, makan folic acid, ukur basal body temperature utk tau masa subur..huhu..kita tunggu hujung bulan ni if ade berita org baru..
Bile tengok cite adamaya,seronok sangt tengok Amani..sangat chumelll...cute abessss..hopefully doa kami dimakbulkan.. Kepada rakan2, doakan la kebahagiaan keluarga ku~  (^_^)