expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Adam Isyq. Show all posts
Showing posts with label Adam Isyq. Show all posts

Jun 29, 2012

Wajah-Wajah Hero Ku~



Adam dari Oven..(12 June 2012, 1055 pm)



Adam @ 3MO

ADAM @ 3 MO~






















 Adam @ 6MO





Adam @ 9 MO


Adam @ 12MO








Jun 11, 2012

Cahaya Hidupku~

 Setahun berlalu..

10 Jun 2011..
Aku tengok kaki dah macam bigfoot kot.. Gerun tengok kaki sendiri..Sakitnya, Tuhan saja tau. Maklumlah, dah sarat..Kaki tak dapat menampung badan/ perut yang memboyot..Tambah plak, kaki kecik saiz 5 je..Bayangkan lahhhh..Pagi-pagi lagi aku dah bangun nak tengok kot-kot dah turun tanda (tanda nak bersalin)..Takde la pulak..Stress sebab tak bersalin lagi..Hari ni EDD (Expected due date), tapi aku cergas je lagi.Contraction tak rasa pun..Encit suami pun stress gak sebab cuti tinggal lagi 1 minggu..Encit suami apply cuti 2minggu, seminggu dah berlalu..Aku dok steady lagi.. Hehe..Macam-macam ikhtiar dah kami buat nak bagi baby kuar, tapi bukan masanya lagi..

11 Jun 2011
Steady je lagi ni..Tetiap pagi kena pegi check keadaan baby kat klinik..Kepala baby dah engage, betul ngam2..Hehe..Siang tu Nak jadi citer, takde jugak tanda-tanda..Mama pulak siang tu buat makan-makan, aku ingat lagi..Mama cakap, 'Baby tanak kuar lagi, dia rasa makan kuew tiow Teng  dulu..Kuar esok la tu'..Ramai juga sedara yang datang..Petang tu Pak Ndak datang bawak Akar Fatimah.. Kena rendam akar tu dalam air masak (nnt nak kena minum), kalau cepat je Akar Fatimah mengembang meaning dah sampai masa nak deliver..Air rendaman tu kena minum once 'pintu dah buka'..Encit suami pun suruh aku rendam malam tu jugak, nak tengok camne rupa Akar tu mengembang..Akar tu kering,tertutup je akar2 nya.. Tunggu punya tunggu, tak kembang pun..Ishkk, tak sabar tulll..
Encit suami pun tambah ikhtiar lagi, call kawan2 yang terdekat minta pendapat..Malam tu juga aku dan encit suami pegi ke Sg. Bakap untuk jumpa ngan bidan yang memang berpengalaman..Tanpa diketahui sesapa pun, sampai ke hari ni..Hehe..Takut gak nanti mama bising..Haha..Malam tu, masa jumpa bidan tu dia just pegang2 baby..Kedudukan semua ok, normal..Bidan tu kata 'Tak esok, lusa keluar la baby..Kepala dah bawah sangat ni'..Bidan tu cuma sapukan minyak selusuh kat perut sambil doa-doa..Pastu aku kena minum 1sudu kecik minyak selusuh tu..Rasa cam minyak kelapa, org utara kata minyak nyoq.. Aku pun balik untuk terus bermimpi..Akar Fatimah tu? Kembang sikit je..Takpela, tunggu esok pagi macamana..

12 Jun 2011
Supriseeee..Bangun tido terus tengok Akar tu..SubhanaAllah..Akar tu kembang sangat2, penuh bekas akar tu mengembang.. Nak sembahyang subuh,aku tengok ada kesan darah..Macam awal-awal period..Rileks2..terus mandi sebab nak gi check up plak.. Masa di klinik, nurse cakap baby ok..Gerak baby pun ok..Aku pun cite la,ada tanda darah..Nurse pun suruh pegi hospital seberang jaya (HSJ).. Aku pun terkejut beruk kenapa kena gi HSJ plak, bukan hospital bukit mertajam (HBM).. Sebab, aku lepas dari due..So, HBM taknak terima takut risiko pape..Aku tanak gi HSJ sebab 'history' nyerr.. Jadi aku rela pegi ke Hospital Bersalin Pulau Pinang (MHPP) walaupun jauh, kena seberang jambatan.. Taknak aku jadi macam ikan salai (ayat nenek aku)..haha.. Balik la aku ke rumah pas cek up kat klinik, nak amik barang2 n inform mama papa kata nak gi MHPP..takut diorang pegi HBM plak..haha.. Sempat lagi breakfast nasi lemak..Tapi tula, takde pun rasa sakit even sakit macam senggugut..
On the way ke MHPP Encit suami ada ajak pegi makan nasi kandar dulu, aku kata tak berani nak merayau sebab tak tau dilation dah buka berapa.. Singgah jap umah paksu sebab tak tau exactly jalan ke hospital..Boleh x camtu? Haha.. Sampai je hospital trus gi kaunter ( tapi tutup sebab Ahad), so terus gi bhagian kecemasan..Register etc, then trus masuk bilik cek up..dilation dah 2cm masa cek up at 11 am...Terus kena admitted, meaning xleh berjimba2 dah..Sebaik juga hari Ahad, masa melawat kul1 ptg smpai 7.30 malam..Masa admitted je lama la juga duduk atas katil sambil berselirat ..eh yeke? tak ingat la apa nama mesin tu tapi untuk cek heartbeat/ movement baby rasanya..lama la juga sebab nurse nak make sure baby stabil..Dah ok, trus duduk kat katil sambil kena amik darah untuk ujian..Tengok kiri kanan, sumenya tunggu masa nak bersalin..Ada macam2 problem..Ada yang baby songsang, baby asyik bergerak/ tak engage, overdue la..So, time tu dah lunch hour.. Muncul la mama & ain bawak bekal lunch..Memang berselera la aku makan..Hahaha..Contraction skali-skala je..Ops, sebelum makan tu nurse cek lagi then 3cm dilated..cepat la pulak..Aku? Rilek je lagi..Sempat tu naik turun tangga nak survey wad kelas berapa yang ok..Kebetulan, wad kelas 1 memang dah penuh so kena tunggu turn. Terpaksa la aku ditempatkan sementara kat kelas 3..Ok je aku tengok..Ha, masa aku round2 tgk wad around 4pm tu dapat rasa la contraction yang sakit tapi tak la sekerap mana..Sakit pun boleh tahan lagi, ala2 period pain..Mama plak time tu suruh aku gi cek dilation sebab cam kerap gak kot...Pegi cek kul 6pm, dah 4cm dilated..Aku dengan muka seposen minta kat nurse tanak masuk labour room lagi. Mula2 nurse macam nak bagi la, then tetiba nurse pujuk suruh masuk juga labour room sebab nak prepare utk bersalin pun amik masa..Aku pun dengan sedihnya naik la kerusi roda yang ditolak nurse..Sobsob..sedih sebab kalau dah masuk labour room tak leh keluar dah untuk berjimba2..Sempat lagi tu..Huhu..


Dalam Labour Room


Aku tengok jam kat labour room nak dekat kul 7pm..Masuk je, aku dikerumuni doc2 n nurse2..Dengar la diorg cakap, aku last case untuk malam tu..So, ramai la nurse & doc2 mengadap aku yang konon special case..Sambil perut berselirat wayar, doc pun amik darah kiri kanan..Nurse plak bagi injection untuk tahan sakit ( sangat la mengantuk lepas inject).. Lebih kurang nak dekat 8pm, doc pun pecahkan air ketuban..Terasa panas je mengalir keluar.. Lepas dah pecah air baru la terasa sakit yang amat (tapi aku sebenarnya dah tak ingat sakitnya macamana).. Time ni memang nurse keluar masuk nak tengok graf contraction, Encik suami pun sama juga keluar masuk..Dah kul 9 lebih pun dilation tak berubah..Yang paling bermakna & aku ingat, mama pun masuk juga kejap nak sapukan air selusuh kat perut aku..Nurse tu siap cakap, baru 1st time dia tengok seorg mak bersungguh2 tolong anaknya masa bersalin..Sangat syahdu tau..Bagusnya nurse kat situ siap ingatkan ibu2 nak bersalin suruh sentiasa baca doa Nabi Yunus kalau rasa sangat sakit contraction..Dalam kul 10pm aku dah rasa sangat tak tahan, Encik suami pun panggil nurse..Nurse pesan kalau sampai je rasa sakit tu, teran slow2 untuk keluarkan sket kepala baby.. Kalau kepala dah nampak, senang la diorang (doc & nurse) nak tolong..Once kepala dah nampak, berpusu2 la doc sekeliling aku..Yang pasti ada 3 orang doc lelaki non-muslim ( 2 india, 1 cina)..Nurse semua islam, untuk sambut baby..Doc suruh teran, aku pun teran la..Tapi salah teknik..Haha..biasa la 1st baby.. Nurse suruh teran ke perut, aku teran ke muka..Haha..Doc memang dah nak vakum kot, tapi Encik suami larang..Memang haru biru la..Pastu boleh plak terangkat punggung even nurse dah tolong pegang..Memang rabak la..Push punya push, last push yang sangat bersungguh..Tuingggg..Lahirlah ADAM ISYRAQ HANANIA tepat 1055 pm..Memang rasanya sangat lega..Tuhan saja yang tahu..Memang aku ucap Alhamdulillah banyak kali, sambil mengalir air mata..Encik suami pun sama, aku tengok dah berlinang air hujan..Hehe..Baby dicuci dan terpaksa bawa naik ke wad kanak2 sebab suspect tertelan najis..Aku memang tak sempat tengok pun Adam..

 Selepas Melahirkan

Lepas dibersihkan &dijahit (dengar ngeri tapi tak rasa pape pun) aku ditolak ke wad..tapi aku request kat encik suami nak tengok Adam dulu..Around kul1 am baru aku di tolak naik ke wad paed nak tengok Adam..Alhamdulillah, walau aku tak sempat susu kan Adam pun lagi, Adam macam tau2 ke mummy takde ngan dia..Tido nyenyak macam dalam perut mummy..Kesian Adam..Terpaksa berpuasa sekejap..
The next day baru dapat duduk ngan mummy..Terkial2 juga la aku nak breastfeed (BF) Adam for the 1st time..Selamat dengan tunjuk ajar nurse yang baik hati, aku berjaya susukan Adam..14 Jun 2011 baru Adam dan mummy dibenarkan  keluar..Doc sahkan Adam sihat, no infection kat peparu..Cuma kena cek jaundis kat klinik..Yang tu pun, panjang sangat citer..Kesimpulan, pas keluar MHPP, Adam &mummy masuk HBM plak sebab kuning Adam yang tinggi..2hari la juga berkampung kat HBM sampai kuning turun tapi tak habis sepenuhnya..Kuning Adam hilang lepas abis pantang..Hoho..Lama kan? mungkin disebabkan mummy darah O, papa pun sama & opcos la Adam pun darah O.. Macam2 cara/alternatif dah buat..Dah kuning takmo turun apa nak buat, asalkan Adam aktif and boleh BF ok la tu..Hehe..

~FRESH FROM OVEN~ 








ADAM ISYRAQ HANANIA B. MOHD ISZUWAN
US!

Kat sini Mummy nak wish..

Happy birthday to you ADAM ISYRAQ HANANIA!! Semoga Allah memberkati hidupmu sayang, Jadilah anak yang soleh &patuh kepada Allah serta mummy papa.. MUMMY LOVES U~


Jan 8, 2012

Year End Vacation~

Salam..
Entri kali ni nak story vacation Adam last year, Dec 2011.. 1stly, Adan balik Klang sebab nak dicukur jambul..Rambut pun sikit, baik botak je..Nanti rambut baru tumbuh lagi lebat, tu orang la cakap.. 17 dec, pagi-pagi mula dengan Marhabbaan then baru majlis cukur jambul..Pagi tu Adam mengantuk tapi mata tu ditahan..Selamat la Untie baiti sampai, so Untie la yang melayan Adam dulu sementara nak tunggu habis Marhabban..
Muka Adam sebelum majlis
Adam dah mula boring+ ngantuk masa Marhabban


Adam baru bangun tido masa cukur











 Pas cukur jambul, Adam tak sempat dibotakkan lagi..Sampai la hari nak balik ke Besut baru botak..Sangat seronok tengok video Adam dibotakkan kat kedai mamak belakang umah..Nanti sempat, boleh la upload.. So, on the way balik Besut memang dah plan singgah bercuti kat Cameron Highlands..

Cameron memang sejuk sangat sebab musim hujan..Kesian Adam, kena selesema..
Adam kat MARDI CH (tak nampak pun Adam)
Taddaaaa..Adam yang botak
So, hari 1st pegi Mardi CH..Saja jalan2, nak singgah beli sayur pe bagai tak jadi sebab ramai jugak orang..So, Dah tengahari trus gi cari/ survey sayur2 and stoberi kat apetah nama tempat tu..Ala, dekat ngan Hotel Equatorial..Memang melepaskan gian makan stoberi & stoberi coklat..Kenyang makan stoberi jela.. For lunch, sebab masa jalan kat brinchang nampak 1 cafe yang menarik so kami pun singgah kat 'Strawberry Moment'..Stoberi lagi..hihi..Memang syiokk food and dessert kat situ.. Then hubby tanya, nak pegi mana lagi?.. Jom minum teh kat Bharat Tea Shop plak..tapi still tak puas, so the next day before balik Besut sempat plak pusing2 and sesat cari ladang Boh nak minum teh lagi..Memang agak dalam and jalan yang sempit untuk sampai ke ladang BOH, Sg. Palas..Tapi memang berbaloi..Hihi..
Papa & Adam @Ladang BOH
Tak nampak la mummy, topi tutup mata Adam..

Next vacation? Tungguuuuuu..

Dec 3, 2011

Selesai buat Strip Wash semua CD Adam~

Strip wash? yup, tak pernah pun buat strip wash..sekarang baru berkesempatan..hehe..dah nak dekat 5bulan jugak la..haha..
2hari wat strip wash baru setel, kena buat berperingkat. Kalau tak, mana de CD Adam nak pakai nanti..hehe..Tambah plak, Papa Adam dah mengharamkan Disposable Diapers untuk Adam..Say no to disposable diapers, Go Go Green~
Lagi 10 hari Adam genap 6 bulan..Dah 6 bulan jugak la Adam di breasfeed exclusively~ Hoyeeeehhh..Adam pun dah mula makan solid food tapi di blend halus..Berlecap-lecap mulut kalau nampak makanan. So disebabkan kesian, bagi la dia rasa hujung-hujung lidah je..Meniarap? Opsss, Adam berat bontots.. Suka berpusing-pusing badan 360 darjah kalau baring, tapi tak nak juga meniarap.. Tapi Adam dah pandai duduk tanpa support cuma kena perhati gak kadang-kadang suka tolak badan ke depan..Hehe..Dah boleh kot bagi Adam dok dalam walker..Papaaaaa..Adam nak walker~ Hehehe..


Selain walker, Adam nak tambah lagi koleksi CD boleh tak papa? Adam nak try pakai AI2 from Lunatots plak la..Asyik guna AIO je..hehe..