expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Nov 2, 2011

Berwajah Baru~

Salam kawan2..
Kehidupan sudah berubah dgn kehadiran insan ke3..Jeng..jeng..Adam Isyraq Hanania B. Mohd Iszuwan telah selamat tiba ke dunia pada 12 Jun 2011 tepat 1055pm di Maternity Hospital P.Pinang (MHPP) seberat 2.75kg je.. Perut masa mengandung sikit punya besar tp isi hanya 2.75kg..hahaha..air je lebih..
Dengan kehadiran Adamhan maka terbitlah idea untuk mengetengahkan satu bisnes yang menjana pendapatan sampingan selain memelihara alam sekitar sambil berjimat..hihi.. Harap2 kawan-kawan sama-sama bagi sokongan..
Kawan-kawan pernah dengar Cloth Diaper (CD) atau dalam bahasa melayu dipanggil Lampin Kain Moden.. Apa itu CD?

  1. Lampin kain rekabentuk moden.
  2. Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
  3. Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain microsuede/bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa sama seperti lampin pakai buang.
  4. Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
  5. Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
  6. Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saizS,M dan L   
  7. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh tengok dekat link ni..clothdiapermalaysia.com

Kenapa perlu menggunakan CD?
 So, nantikan kemunculan CD pilihan Adam untuk anda semua..Hanya yang terbaik untuk anda~

May 14, 2011

Selusuh~

Cara Membuat Selusuh
Lebih elok dilakukan oleh suami (lebih afdal) atau keluarga. Dilakukan selepas solat hajat, seeloknya Khamis malam Jumaat. Para ulama menghasilkan air selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:
1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak
5. Beristighfar (3 kali)
6. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
7. Al Fatihah (1 kali)
8. Selawat (11 kali)\
9. Alam Nasyrah (7 kali)
10. Al-Ikhlas (3 kali)
11. Al Falaq (3 kali)
12. An Naas (3 kali)
13. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.


Penggunaan?
Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)..
Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Selusuh ni kita boleh buat pada air zam-zam / air musoffa / air za'faran, minyak dan kurma.
Melalui pembacaan, ada yang kata seminggu sebelum due date tu dah elok amalkan selusuh ni..Amalkan makan kurma masa dekat nak bersalin, yelah kan kurma memberikan tenaga masa nak meneran nanti..Apa pun, semangat mesti kuat...Jangan lupa Selawat 7kali setiap kali contraction..

Feb 20, 2011

Sepetang di Jeti Tok Bali...

Bertemu lagi...
Petang jumaat yang lepas, aku dan wife berkesempatan turun ke jeti ikan Tok Bali.
Plan asalnya, nak pergi pasar malam. Tapi alih-alih terlajak ke jeti ikan Tok Bali tuh..
Masa kami sampai, waktu lebih kurang pukul 6.45 petang. 
So, lepas round satu pasar malam yang tak seberapa pasar tu, aku tarik tangan wife untuk turun ke jeti ikan yang betul-betul  ada kat sebelah pasar tuh.
Honestly, takde yang beza pun dengan jeti ikan yang lain. Tapi mungkin sebab ni kali pertama aku tengok nelayan-nelayan turunkan ikan dari bot. So, rasa jakun tu tetiba ada. Ngeeee~ hehehe.
Maklumlah, orang bandar..ehemmm.. 
Untuk makluman, time ni kalau beli ikan, RM15.00 boleh cukup untuk 10 hari buat lauk.Macam-macam jenis ikan boleh kaut, campur-campur. Tak payah nak beza-beza jenis ikan ikut harga. Pilih, campur, timbang, bayar. Semua ikan sama harga. Cukup murah!
Aku dan wife dapat lah tengok pelbagai jenis ikan dalam peti-peti dibawak turun dari bot-bot. Then, ikan-ikan tadi diasingkan oleh pekerja-pekerja yang menunggu sebelum diambil oleh peraih.



Dalam rasa 'terjakun' tu, tiba-tiba aku ada rasa sikit sayu. ehehhh... tetiba pulak..kan?
Bukan apa, dari apa yang aku perhatikan, mostly pekerja-pekerja yang mengasingkan ikan-ikan tadi boleh dikategorikan sebagai makcik-makcik yang sebaya mak aku. Yang pangkat nenek pun ada.   Golongan yang pada aku, tak patut pun berada di jeti ni duk asingkan ikan-ikan.






Mungkin senario ni dah biasa pada sesetengah orang. Tapi bagi aku, aku kesian dengan orang-orang yang macam ni. Senario yang macam ni jugak yang membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Pemandangan yang macam ni jugak yang membuatkan aku rasa nikmat yang Tuhan berikan pada aku dan wife cukup-cukup bernilai.
Guess what...? Yang membuatkan aku tetiba rasa macam tu ialah sebab aku tahu bayaran yang dibayar kepada golongan pekerja-pekerja ni. Rasanya tak perlu aku sebut that figure, tapi cukuplah kalau aku cakap yang bayaran tu sangat-sangat tidak setimpal. Tapi mungkin jugak, mereka dah biasa dan lali dengan corak kehidupan yang macam ni. Mungkin mereka cukup sebati dengan apa yang terhidang di depan mereka semenjak sekian lama. Alah bisa tegal biasa...

Petang tu aku dan wife tinggalkan jeti dengan berjenis-jenis ikan penuh beg plastik kat tangan... hahah..sempat kau!



Shared by: Hun


Feb 16, 2011

Boboy or Gegurl?

Salam..

Baru je semalam excited kan..Tapi yang paling excited sebab semalam bersamaan Maulidurrasul, telah kepergiaan ke Klinik untuk scan baby..ngeeee.. Kenapa nak scan?

  • Nak tau boboy ke gegurl.. actually tak kesah pun mana satu, asalkan sehat..
  • Lambat sangat nak tunggu klinik kerajaan ni scan baby.. Tapi masa cek up kat klinik di penang cepat je doktor suruh scaan..maybe kat ganu ni leceh sket kot..dapat dengar pun heartbeat je..
  • Nak pastikan condition baby ok, maklumlah 1st experience.. Sempurna and sehat..
So, punya la pusing mencari klinik untuk scan baby.. 1st klinik ada offer 4-D scan tu pun kalau air ketuban mencukupi, kalau tak xboleh nak scan 4-D.. Untuk scan 4-D rm 120, kalau 3-D rm90.. Taknak la, sebab rasa macam  tak qualified untuk scan 4-D..Nanti la time dah nak deliver kot..Scan kat Sg. Petani, katanya baru rm60.. betul ke??

Pastu pegi plak klinik lain kat jerteh..Kalau boleh nak la doktor perempuan yang scan..tapi takde pilihan sebab rata-rata doktor lelaki..ade klinik, doktor perempuan pula xde.. Nak taknak pegi jela doktor lelaki.. Nama Klinik Sapiah, tapi Dr. Sapiah nya takde..Yang ada, doktor lelaki..Maybe husband dia sebab macam dah berumur.. Takde la segan sangat, tambah-tambah doktor ni peramah..hihi..

Baring la aku kat katil, sambil doktor sapu gel dan scan.. Mula-mula doktor tunjuk kepala baby, kat sebelah kanan betul2 bawah pusat..Hubby kata..'Besarnya kepala'..hahaha..Macam kepala papa nyer..Ngeeee....
Pastu, doktor tekan kat bawah pusat..'Tu dia punya pundi kencing, dia dah boleh kencing ni..'..'Ha, ni macam lelaki jek. Ni dia punyer..'..Hahaha.. ' Kat celah kelengkang dia ni. Tajam-tajam..Kalau perempuan xtajam camni, nampak biasa je'..Doktor kata kira ok la ni dia tunjuk gak..' Ha, dia tunjuk bontot plak kat awak' papa nyer..HAHAHAHA.. Syukur baby nak juga tunjuk kat papa and mummy..



Tapi, doktor kata tak boleh nak confirm kan so 50-50 jelah.. Ade jek kawan aku yang 3kali scan lelaki, tapi terkejut bila keluar baby gurl..hehehe..kuasa Tuhan..Hihihi..
Kesimpulannya, nanti scan lagi..Scan 4-D nak tengok rupa baby..hihi..Semoga semuanya dipermudahkan Allah..Aminnn~

Feb 13, 2011

Excited terlebih...

Salam...

Ada someone tanya  aku, best tak feeling nak dapat baby...?
Errkkk.. apa aku nak jawab..? 
Ngeeee~ sumpah aku takut sebenarnya.. Of course aku excited, nervous, kecut perut dan segala macam lagi lah rasa yang sempoi duduk dalam hati aku since 6 bulan lepas...
Tapi, obviously perasaan takut lebih menguasai diri... Don't get me wrong. Aku memang happy sangat-sangat menunggu kelahiran baby. Tak sabar. Excited. Rasa macam nak esok je baby lahir. Ngeeee~
Cuma, honestly aku ada sikit rasa takut. Serius, takut wooo... 
Aku kat besut ni dah lah berdua je dengan wife... Kot-kot la tetiba wife dah rasa nak terberanak, haaaa.. tak ke haru jadinya..Lagi-lagi kalau hal jadi tengah-tengah malam.  Tak ke menggelupur aku sorang-sorang...? Hushhh... takut wooo.. Buatnya jadi tengah-tengah malam, mau mati akal aku dibuatnya. Nak bawak balik rumah mak sendiri, drive 7 jam .. rumah mak mertua pulak, 5 jam journey, tapi kena tempuh hutan gerik.. Mak aiihh, thrill beb. 
So, untuk tidak membuatkan keadaan aku kelam kabut nanti, keputusan dah dibuat. Masuk je bulan Mei nanti, wife akan dihantar ke umah mertua...Ahaaaa... Ngeeee~


 by : Hun...

Jan 27, 2011

Cerita Asam Pedas original Melaka~

Kali ni nak story tentang Asam Pedas original Melaka marii..Tetiba teringat sebab tengok Wanita Hari Ini la, citer pasal asam pedas Warung Along..hehe..memang heaven klu yang ori punya~ Al-kisah kenapa aku boleh terminat asam pedas? Kalau org utara, asam pedas adalah asam rebus..so, daripada kecik sampai la dah masuk U baru la aku jumpa macam2 jenis asam pedas rupanya..hehe..Nak dicerita, family hubby asal dari melaka..
Masa bercinta, kiranya masa aku kat UKM, Bangi dan hubby kat UTEM, Melaka. Dulu, kalau rindu2 aku akan ke melaka la..Maklumlah, adik aku pun belajar sana, kawan2 pun ade kat sana..Satu malam, hubby bawa aku pegi makan asam pedas..mula-mula aku macam pelik, ade ke orang jual asam pedas malam2? Selalunya orang jual nasi campur siang, tambah plak kawasan Durian Tunggal tu memang kampung so kurang la restoran..
Sampai je kat tempat tu, aku tengok persekitaran..Eh2, gerai bawah pokok tepi jalan dan hutan..kire macam warung kampung la..Sampai je, hubby terus order nasi asam pedas 2 set ikan kembung..Aku pun tunggu la tengok ape yang special sangat..Makcik tu pun hantar la order yang dipesan..nasi, sambal belacan, ulaman, telur masin dan sepinggan asam pedas 1ekor ikan kembong..so, ade 2set..baunye....fuhhhhhhhh...dari segi presentation nampak biasa, tapi rasaaaa..tak terkataaaa..haha..Tapi, kali ke-2 aku pegi, tengok warung tu dah xde, mungkin kene roboh kot.. :(  pastu, dah xjumpa asam pedas sesedap tu.. 
Tapi, kalau terasa sangat nak makan asam pedas melaka memang aku kena balik Klang la..hehe..asam pedas mak mertua aku..hehehe..Ada gak aku ambil resepi mentua, tapi rasa tetap tak sama..hehe..mengada je lebih aku ni nak makan mak mentua masak jugak...hehehe..Apa yang penting/ mesti ada dalam asam pedas Melaka?..

  • Cili kering (of course la)
  • Lada hitam
  • Belacan
  • Kunyit hidup & halia
  • Daun limau purut 
So, ni asam pedas yang aku selalu buat..hihi..tetiap hari makan asam pedas pun takpe..
~Asam Pedas Ikan Selar~

FYI, macam2 kita boleh letak dalam asam pedas ni selain ikan.. Daging, tetel..1st time dulu dengar tetel, ape tu?hahaha..bila rasa, sedap la pula..Tetel ni ala-ala lemak+ daging..lembik-lembik..Hihi..Bahan-bahan still sama cuma kene letak jintan je..

Jan 20, 2011

Sebab-sebab tak Update Blog~

Salam..
Agak lama tak tulis kat blog ni..hihi..Ni entri pertama utk tahun 2011.. Maaf la, bukan takde cerita menarik cuma ada macam2 halangan..eh, halangan ke? Bukan nak bagi banyak alasan, tapi cuma nak beri penjelasan walaupun tau blog ni xdelah ramai follower..hahaha
Antara sebab-sebabnya..

# Baby mungkin tak bape suka IT masa 1st trimester..hehe..boleh terima ke sebab ni?
# Kurang blogging sebab berkongsi blog dgn hubby..mula-mula dia yang excited nak 'konker' blog ni..haha..tapi sekarang dia tersangat la bz dengan keje site..
# Rasa macam blog orang lain lebeh banyak follower..low self esteem la plak..hahaha..
# Laptop sudah rosak..abeh skrin pecah..huhu..tersangat la sedih sebab drpd ganti skrin baik beli baru..huhu..so, sekarang kalau nak blogging kene guna laptop hubby time malam sahaja..haha..tu pun kene ikut turn sebab hubby akan tengok website bola dulu..huhu..nasebbb badan..

Errrr..boleh terima pakai ke sebab-sebab di atas..Kekangan2 tersebut la yang membantutkan blog ni. hahaha..So tahun 2011 punya azam adalah nak menghidupkan balik blog ini..hihi..Blog ni lepas ni akan menjadi padat dgn macam2 entri..Jangan pening tau..Antara entri adalah dari dapur ke dapur, our life, pendapat, isu semasa dan macam2 lagik..hihi..