expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Feb 20, 2011

Sepetang di Jeti Tok Bali...

Bertemu lagi...
Petang jumaat yang lepas, aku dan wife berkesempatan turun ke jeti ikan Tok Bali.
Plan asalnya, nak pergi pasar malam. Tapi alih-alih terlajak ke jeti ikan Tok Bali tuh..
Masa kami sampai, waktu lebih kurang pukul 6.45 petang. 
So, lepas round satu pasar malam yang tak seberapa pasar tu, aku tarik tangan wife untuk turun ke jeti ikan yang betul-betul  ada kat sebelah pasar tuh.
Honestly, takde yang beza pun dengan jeti ikan yang lain. Tapi mungkin sebab ni kali pertama aku tengok nelayan-nelayan turunkan ikan dari bot. So, rasa jakun tu tetiba ada. Ngeeee~ hehehe.
Maklumlah, orang bandar..ehemmm.. 
Untuk makluman, time ni kalau beli ikan, RM15.00 boleh cukup untuk 10 hari buat lauk.Macam-macam jenis ikan boleh kaut, campur-campur. Tak payah nak beza-beza jenis ikan ikut harga. Pilih, campur, timbang, bayar. Semua ikan sama harga. Cukup murah!
Aku dan wife dapat lah tengok pelbagai jenis ikan dalam peti-peti dibawak turun dari bot-bot. Then, ikan-ikan tadi diasingkan oleh pekerja-pekerja yang menunggu sebelum diambil oleh peraih.



Dalam rasa 'terjakun' tu, tiba-tiba aku ada rasa sikit sayu. ehehhh... tetiba pulak..kan?
Bukan apa, dari apa yang aku perhatikan, mostly pekerja-pekerja yang mengasingkan ikan-ikan tadi boleh dikategorikan sebagai makcik-makcik yang sebaya mak aku. Yang pangkat nenek pun ada.   Golongan yang pada aku, tak patut pun berada di jeti ni duk asingkan ikan-ikan.






Mungkin senario ni dah biasa pada sesetengah orang. Tapi bagi aku, aku kesian dengan orang-orang yang macam ni. Senario yang macam ni jugak yang membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Pemandangan yang macam ni jugak yang membuatkan aku rasa nikmat yang Tuhan berikan pada aku dan wife cukup-cukup bernilai.
Guess what...? Yang membuatkan aku tetiba rasa macam tu ialah sebab aku tahu bayaran yang dibayar kepada golongan pekerja-pekerja ni. Rasanya tak perlu aku sebut that figure, tapi cukuplah kalau aku cakap yang bayaran tu sangat-sangat tidak setimpal. Tapi mungkin jugak, mereka dah biasa dan lali dengan corak kehidupan yang macam ni. Mungkin mereka cukup sebati dengan apa yang terhidang di depan mereka semenjak sekian lama. Alah bisa tegal biasa...

Petang tu aku dan wife tinggalkan jeti dengan berjenis-jenis ikan penuh beg plastik kat tangan... hahah..sempat kau!



Shared by: Hun


No comments:

Post a Comment