expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jul 14, 2010

From Alor Setar to Besut...

Salam...
Ada beberapa perkara yang nak dikongsikan untuk entri terbaru ini, selepas lama menghilangkan diri..
Kebelakangan ni, banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan kehidupan sedikit bercelaru..
Awal Julai, aku terpaksa membuat keputusan yang paling besar dalam hidup, terutama selepas berkahwin.
Mana tidaknya, aku ditawarkan dengan position baru yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang lebih besar.
Nak ditolak, terasa sayang..peluang yang amat baik. Nak terima, keberanian belum cukup memenuhi setiap inci diri. 
Namun, selepas ditimbang dari segala sudut, keputusan bersama diambil.. Tawaran diterima.
Banyak perkara yang menjadi pertimbangan. Tapi yang paling utama ialah masa depan dan perancangan kewangan keluarga yang amat dititikberatkan. 
Lalu, bermulalah satu perjalanan merentasi jalan hutan daerah Grik, bermula dari Alor Setar hingga ke sebuah pekan kecil yang bernama jerteh, Terengganu. Dari Alor Setar, menyusur ke Baling dan Sik...Terus ke Gerik merentasi banjaran Titiwangsa sehinggalah sampai ke Jeli. Perjalanan diteruskan ke Bukit Bunga, Tanah Merah, Machang hinggalah ke destinasi terakhir, Jerteh. Sesungguhnya perjalanan yang memakan masa 5 jam itu cukup mencabar memandangkan ini adalah kali pertama aku ke sana. Berseorangan pulak tu. Lebih-lebih lagi sebahagian perjalanan  melibatkan hari yang sudah pun malam.
Seminggu di sana menjadikan aku berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Pihak-pihak yang terlibat yang bakal menyiapkan projek Universiti Darul Iman Kampus Besut.
Dalam tempoh ini jugalah fikiran tidak pernah lari dari memikirkan si isteri yang ditinggalkan keseorangan di Alor Setar. Semenjak berkahwin, kami tidak pernah berenggang. Ke mana-mana berdua,bersama...
Banyak kekurangan di Jerteh jika nak dbandingkan dengan Alor Setar. Dari segi culture, makanan hinggalah ke seremeh-remeh perkara, amat payah untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan baru.
Selepas seminggu di sana, aku pulang semula ke Alor Setar dengan harapan mencari satu penyelesaian..
Adakah perlu si isteri ikut bersama tinggal di sana? Dan meninggalkan kerja nya di Alor Setar yang baru bertapak? Yang mana aku tahu, di Besut amat susah mencari peluang pekerjaan untuk si isteri?
Mungkinkah itu jalan terbaik, sedangkan tujuan utama kami adalah meningkatkan ekonomi keluarga? 
Adakah perlu menjadi weekend husband-wife? Yang mana aku perlu on-off Besut-Alor Setar?
Apakah keadaannya bila ditinggalkan berseorangan di Alor Setar nanti? Bagaimana dengan sakit pening si isteri bila aku tiada di sisi? 
Sedangkan projek yang akan dijalankan di sana hanya memakan masa 14 bulan sahaja...
Itu semua menjadi persoalan yang masih belum terjawab hinggalah ke hari ini...

Dan ada seseorang memberi pendapat pada aku...
"Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suami...? Tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk pasangan itu bersama-sama dalam setiap ruang kehidupan."

Fikiran masih lagi cuba mencari jalan terbaik untuk kehidupan yang seterusnya....


      - Shared by : Hun -

Jun 21, 2010

"You tak kisah ke kena maki tiap-tiap hari?"

Salam.
Dah lama tak menulis. Bukan apa, sibuk memanjang. Hal emergency la...dengan World Cup nya lagi..kerja tak payah nak cakap lah.. Mana pernah nak habis.
Hmm... Kerja?
Ada satu soalan yang ditanyakan seseorang yang aku nak share kat sini.
" I tengok you ok je tiap-tiap pagi kena tiaw. Rileks saja. You tak kisah ke kena maki tiap-tiap hari? "

Ahaaaaa...soalan cepu mas ni. Bab-bab ni tak dapat la nak menjawab secara jujur...ye tak?
Kena tengok jugak siapa yang bertanya tu. Kalau yang bertanya tu, level setara, mungkin boleh jujur la..
Tapi kalau yang bertanya tu, ada muslihat tersendiri, ehem...jawapan aku pun kena la dengan muslihat. kan?
Berbalik pada soalan tu tadi. Soalan tu berjaya membuatkan aku terkedu + terdiam + dan seumpama dengannya la.
Lama jugak la aku nak dapatkan jawapan untuk soalan tu..bukan untuk orang yang bertanya tadi.. Tapi jawapan untuk diri sendiri. Jawapan yang paling jujur untuk diri sendiri. Bila fikir-fikir balik, siapa dalam dunia ni yang memang willing dimaki?Suka diherdik? Tenang ditiaw? Lebih-lebih lagi waktu pagi-pagi bermula jam 8 pagi berlanjutan ke jam 9. Setiap hari!! 6 hari seminggu!! 

Mungkin dari 10 orang, hanya 2 atau 3 orang yang sanggup, dan salah seorang adalah aku. Ada saja masalah yang boleh dijadikan point / bahan makian di waktu pagi setiap hari.
Siapa yang nak?
Siapa yang sanggup?
Kena pulak dengan perut kosong tak bersarapan. Belum lagi ditambah dengan 'tarik-tarik muka' oleh si isteri waktu perjalanan ke tempat kerja. Kesimpulannya, pagi-pagi aku bersarapan hamburan amarah+makian+kata-kata kesat yang tak sepatutnya aku terima di awal pagi. Boleh spoilt mood seharian beb...
Tapi, itulah nya kalau dah dinamakan kerja.. Jawapan aku pada diri sendiri ialah aku dibayar gaji untuk terima semua ni. Maki hamun is part of construction works

" Lu tak sekolah ka? " .... dah selalu sangat kena ayat ni.
" Apsal lu orang lembab? Kerja macam lembu.." ... Dah macam makan nasik dah ayat ni.
" Lu orang ni bodoh ka? Lu tadak otak ka? Bangang betul.. " ..Yang ni lebih kurang macam minum teh o ais.
" Saya tak tau apa mau cakap. Tapi lu orang kerja serupa taik. " ..Yang ni pulak,macam makan lai ci kang.
" Lu pergi berambus la. Jangan tunjuk muka dalam ini site."  ...Dan pelbagai lagi ayat-ayat yang boleh menyebabkan telinga,hati,jantung dan perasaan seumpama dibakar dan direbus dalam air yang panas.

Sampai satu tahap, aku membalas setiap ayat-ayat tu dengan senyuman. Tersenyum kena maki!
Kalau nak dibandingkan kerja sekarang dengan yang dulu, rasanya dulu lebih tenang hati. Yelah... dalam kilang paling-paling susah pun nak kejar dateline. Itu pun, habis syif boleh terus balik. Kalau tak balik, claim overtime. Kerja sekarang jauh lebih mencabar. Aku perlu berdepan dengan banyak pihak. Main contractor yang selalu kejar dateline. Consultant yang banyak komen. Supplier yang lambat hantar barang. Sub cont sendiri yang susah nak dengar cakap. Belum lagi management sendiri yang kejar paper works. Semua itu cabaran yang aku dah face tahun-tahun kebelakangan ni. Nak kata lali, mungkin. Nak kata dah biasa, ada betul nya jugak. 
I am problem solver. Thats why I am here.
Itulah satu-satunya ayat yang memotivasikan diri aku sendiri sebaik saja selesai dimaki. Macam ayat orang poyo pun ada jugak.
Cabaran yang datang cukup menguji diri. Cuma, aku takut ketabahan dan kekuatan yang ada ni tak dapat kekal lama. 
Aku percaya ramai orang di luar sana yang sama senasib dengan aku. Umpama menghulur tengkuk dengan kulit muka yang cukup tebal, bersedia untuk disembelih.
Aku jugak percaya yang rezeki aku memang di sini, dalam construction site.
Atas rasa percaya itu lah, aku cuba pretend seperti tiada apa-apa yang berlaku waktu ambil si isteri pulang dari kerja.
Atas rasa percaya itu jugak yang mendorong aku untuk buat kerja-kerja paper works di rumah sebaik sahaja si isteri sudah lena beradu. Tidak mahu si isteri rasa terabai. Mujur juga si isteri jenis tidur awal.
Atas rasa percaya itu jugak la yang menyebabkan aku lebih menghargai setiap hikmah di sebalik apa jua dugaan yang didatangkan untuk aku. 
Kerana aku tahu, tanggungjawab dan punca rezeki aku untuk keluarga memang jalannya begini...
Mungkin sedikit masa lagi jalannya berubah menjadi lebih baik dan berbaloi..
Siapa tahu?

Jun 3, 2010

Lagenda Budak Setan


Lagenda Budak Setan (LBS) akhirnya telah difilemkan..Gembira sangat rasa dihati ni. Maklumlah, kami berdua memang sangat meminati hasil penulisan AHadiat Akashah..Novel-novel yang masih diingatan; Katerina, Cinderella '98, BonVoyage, Sekeping Kad...,Untuk semua gadis yang pernah kucintai, Pilot Cafe, Balak Blues, Matilda, Gangster err..banyak lagi sebenarnya..Agak kecewa la, semua koleksi Ahadiat yang aku ada tetiba hilang dari rak buku. Yela,ada yang baca tapi tak reti nak letak balik..Huwaaaaa..Mana nak cari lagi buku-buku tu semua..
Movie LBS dah keluar 3Jun,hari ni la.hihi..Terpaksa la tunda untuk tengok wayang ni sebab En.Hubby tiada di sisi..Keluar je iklan movie ni, Hubby awal-awal lagi dah ingatkan supaya movie ni ada dalam list WAJIB Tonton..hihi..Daripada trailer, suka sangat tengok scene & shots yang diorang ambil..sangat cantik, sbb aku ni peminat sinematografi yang indah-indah belaka.. Ops, lupa pula..Sebab kedua kenapa wajib tonton filem ni, adalah kerana Lisa Surihani berlakon..watak Ayu pula tu..Both of us memang minat sangat tengok lakonan Lisa Surihani, tambah2 masa cerita Adamaya. Aku pula, memang dah minat masa tengok dia berlakon I'm Not Single..Gandingan mantap Farid Kamil & Lisa memang tak kan mengecewakan..so, WAJIB tonton tau..Padahal,sendiri pun tak tengok lagi..hahaha..So, nantikan komen filem ni.  (^_^)

May 31, 2010

Off To Klang

"Salam..Kau relaks ye. Abah kat hospital.Accident.Sikit je.."
Sms yang dihantar Along malam tadi..

Amboi..boleh disuruh aku relaks..?
Sesak dada aku bila baca sms tersebut.
Setahu aku, Abah memang orang yang amat berhati-hati dalam pemanduannya.
Baik memandu kereta mahupun motorsikal.. Tak pernah Abah lebih limit hadlaju.
Bila ditanya, Mak & adik-adik seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Aku faham mereka tak mahu aku risau. Tapi,sebagai anak yang tinggal jauh dari keluarga, aku perlu tahu keadaan & cerita sebenar.
Bila ditanya lagi. Abah accident di tempat yang sama dengan Arwah Pak Long accident yang terus meragut nyawanya. Di landasan keretapi di Pelabuhan Klang kira-kira 2 tahun lepas.
Bila ditanya lagi, pukul 2 pagi Abah masih lagi di hospital besar Klang..

Ahhh.. tak boleh jadi. Hati aku tak sedap. Aku memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg galas. Packing siap-siap.

"Boss, My father accident. I got to go back to Klang. I apply emergency leave.. Any site matters please liaise with Abau...Tq"
Tak kisah lah apa yang Dennis reply, yang penting sekarang ni aku nak balik...

May 26, 2010

Harapan Yang Tak Pernah Padam

Penat seharian bekerja & memerah otak menjawab soalan-soalan kontraktor membuatkan badan + otak begitu letih untuk menerima input.  Letih yang sedia ada semakin bertambah, lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak dateline yang perlu dikejar. Namun bila memikirkan erti tanggungjawab, 'letih' itu secara tiba-tiba hilang. Hari-hari kebelakangan ini, ingatan begitu kuat terhadap Mak dan Abah. Tak tahu mengapa begitu kuat ingatan terhadap kedua mereka. 

Tahun ini Abah genap 59 tahun. Sewajarnya, di umur yang sebegitu Abah lebih banyak berehat dan melayan cucu-cucu seramai 9 orang. Lebih bagus lagi ditemani Mak setiap petang di halaman rumah. Selepas Isya', isi masa senggang berkumpul di kedai makan Along. Melihat kerenah dan ragam pelanggan yang pelbagai. Esoknya pagi-pagi ke pasar tani, juga berdua bersama-sama. Setiap kali bilal mengalunkan azan, kedua-dua mereka sudah bersiap untuk berjemaah di masjid bersama-sama.

Namun, itu semua hanyalah jadual imaginasi aku. Kenyataannya, jauh berbeza. Apa yang aku faham, Abah masih lagi kuat bekerja meskipun sudah 4 tahun bersara. Masih lagi mengerah keringat mencari rezeki untuk keluarga. Komitmen hidup yang tinggi menyebabkan Abah memilih inisiatif untuk terus bekerja walaupun sudah bersara. Puas Mak berleter dan tidak jemu berleter. Lebih-lebih lagi jika Abah bekerja double shift sekaligus.Tetapi, Abah tetap dengan kebiasaannya. Bekerja,bekerja, dan bekerja.

Tapi, aku cukup faham apa yang ada dalam fikiran Abah. Adik-adik yang masih belajar dan beberapa komitmen bulanan tetap yang lain menyebabkan Abah terus ingin bekerja.
Aku juga pernah menasihati Abah untuk berhenti bekerja. Tetapi tidak diendahkannya. 

Apa yang aku tahu, aku tidak punya masa yang banyak untuk menggantikan tempatnya secara total.   Komitmen keluarga telah lama aku kongsikan bersama Abah, semenjak bulan pertama aku bekerja 4 tahun dulu. Aku masih lagi terus berdoa agar dibukakan pintu rezeki yang berpanjangan untuk aku terus mencurahkan tanggungjawab pada Mak dan Abah. Aku hanya ada setahun lagi sebelum Abah menginjak umur 60 tahun. Bermula dari setahun akan datang, aku akan pastikan Abah mengikut 'jadual imaginasi' yang aku selalu inginkan. Dan bermula saat itu juga, aku harus menggantikan secara total apa yang telah Abah berikan selama 43 tahun hidupnya. 

Tuhan...tunjukkan aku jalan terbaik untuk menjadikan harapan aku satu kenyataan, sebelum Engkau menjemput kedua-dua mereka kembali pada-Mu..
Tuhan...hulurkan lah petunjuk untuk aku bahagiakan mereka sepenuh-penuhnya, agar aku tahu aku lah anak yang bertanggungjawab pada kedua mereka...

Duet Blogging~

Salam Semua..
Mesti semua macam pelik kan napa nama blog dah tukar,author pon dah tukar..hihi.. Begini Al-kisahnya..
Suatu malam, tetiba suami tersayang macam minat tengok blog2 ni. Siap ada komen2 lagi bila tengok aku tulis blog ni..So, kata sepakat,apakata kita tulis blog sama2.Ala-ala macam kongsi blog.Belum berkemampuan ada blog asing2 kot..hehehe..ade ke?
Bukan apa, kongsi ni pon kira macam kita kongsi hidup la..hehehe..Banyak la sikit entry dalam blog..hihi..Sebenarnya, En.iszuwan ni memang seorang yang bagus sgt penulisannya. Mentang2 BM dapat A ..Ala, lepas ni korang mesti dapat bezakan mana satu entri yang aku tulis and En.iszuwan..hehehe.. So, lepas ni ada entry menarik untuk dikongsi..Tungguuuuu..

May 23, 2010

Khabar Yang Menyesakkan

Salam...
Kadangkala diri ini terlupa tujuan asal kehidupan. Terus mencari dan mencari di mana titik permulaan kehidupan. Kita seakan-akan terus dibawa arus hidup yang mencabar, seolah-olah hidup ini tiada penghujung.

Khabar dari jauh baru-baru ini, benar-benar menyesakkan jiwa. Cukup untuk membuatkan fikiran ini menitip jauh segala apa yang berlaku tahun-tahun kebelakangan ini...Fikiran secara tiba-tiba menjadi kusut.. 
Nafas menjadi sesak. Perit.Pahit.Kalut. Pelbagai rasa menduga rongga akal dan fikiran. Mujur tidak terus diikutkan rasa. Masih bersisa kewarasan saat diri dihimpit dari segenap arah. Mujur juga ada penenang yang sentiasa setia di sisi. Yang terus membisikkan kata-kata semangat untuk terus tabah. Tidak jemu untuk bersama-sama diduga.
Terlintas pesanan yang sering Mak ungkapkan.. " Biar orang buat tak baik pada kita, tapi jangan dibalas benda tak baik pada orang.."
Jujur, diri ini tidak lah sebagus mana untuk menurut pesanan Mak. 
Tapi, jika difikirkan semula apa yang Mak pesankan tu terselit kebenaran. Mengapa tidak dicuba untuk menjadi seperti itu? Mengapa perlu beralasan?
Semoga diri ini terus tabah untuk berdiri dan kekal berdiri...