expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Nov 24, 2011

Grand Opening!!~

Welcome to all customer. Currently we are open officially.. Special offers for 10 early customers..
Happy Shoppink~

Nov 23, 2011

Tips Basuhan dan Penjagaan CD~

Cara basuh CD

  1. CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.(inner suede seperti QQ Baby cuma basuh sekali sahaja).Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya..
  2.  CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
  3. Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk pureen HAD/ Autumnz Baby Safe Laundry Detergent. Kalau nak jimat guna sabun serbuk daia atau sabun serbuk fab antibakteria).
  4. Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD sehingga 2 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik). Gunakan laundry beg/ net apabila basuh menggunakan mesin basuh untuk menjaga jahitan dan fabric CD.
  5. Lakukan strip wash sekali sekala (1-2 bulan sekali) apabila anda mendapati kebocoran apabila dipakai. Strip wash adalah untuk menghilangkan residu pencuci dan kulapuk yang mungkin tertinggal pada CD/insert.

P/s: Keluarkan insert dari CD sebelum rendaman atau basuhan.



Strip Wash

Tujuan melakukan strip wash adalah untuk menanggalkan residu pencuci yang mungkin tertinggal tambahan jika mencuci menggunakan tangan. Ini dapat meningkatkan balik daya serapan CD serta memutihkan CD supaya nampak seperti baru. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan strip wash. Anda boleh pilih cara berikut:

  1. CARA 1: Sapukan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight) atau cecair pencuci alatan kanak-kanak (Pigeon Bottle Nipple & Vegetable Liquid Cleanser) pada bahagian inner CD. Sental dengan lembut menggunakan cara fabric ke fabric. Terbalikkan bahagian dalam CD ke luar serta lakukan cara yang sama. Kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dan bilas sehingga bersih (tiada buih).
  2. CARA 2: Rendamkan CD ke dalam ½ baldi air suam dicampurkan ½ cawan cuka makan. Rendamkan selama 15 minit. Bilas dengan bersih dan masukkan sedikit soda bikarbonat untuk memutihkan CD/ insert pada cucian terakhir. Bilas bersih dan keringkan.
  3. CARA 3: Basuh menggunakan air suam/ jika mesin basuh mempunyai kawalan suhu, setkan suhu 60ÂșC. Suhu yang terlalu panas akan merosakkan CD anda. Basuh berulang kali tanpa menggunakan sabun.

P/S: Matahari adalah agen penghapus kuman dan pemutih terbaik untuk CD anda.


Anda boleh juga melihat dengan lebih lanjut cara penjagaan CD di link ni..Sangat berguna..clothdiapermalaysia.com


Nov 20, 2011

Hanania's Baby Closet



Okey... Tak payah cakap banyak.. Tak perlu nak bunga2 bagai..
Straight  to the point je la ek..
Haa..ni haaa.. bawah ni ada katalog untuk cloth diapers pilihan Adam..
So, kepada kawan2 yang berminat boleh la berhubung untuk pertanyaan lanjut..






pfffttt... sape beli banyak, dapat keta sebijik! haa... best tak? hahahahaaa...Tunggu kemunculan design-design yang cute mute~


Nov 2, 2011

Berwajah Baru~

Salam kawan2..
Kehidupan sudah berubah dgn kehadiran insan ke3..Jeng..jeng..Adam Isyraq Hanania B. Mohd Iszuwan telah selamat tiba ke dunia pada 12 Jun 2011 tepat 1055pm di Maternity Hospital P.Pinang (MHPP) seberat 2.75kg je.. Perut masa mengandung sikit punya besar tp isi hanya 2.75kg..hahaha..air je lebih..
Dengan kehadiran Adamhan maka terbitlah idea untuk mengetengahkan satu bisnes yang menjana pendapatan sampingan selain memelihara alam sekitar sambil berjimat..hihi.. Harap2 kawan-kawan sama-sama bagi sokongan..
Kawan-kawan pernah dengar Cloth Diaper (CD) atau dalam bahasa melayu dipanggil Lampin Kain Moden.. Apa itu CD?

  1. Lampin kain rekabentuk moden.
  2. Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
  3. Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain microsuede/bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa sama seperti lampin pakai buang.
  4. Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
  5. Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
  6. Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saizS,M dan L   
  7. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh tengok dekat link ni..clothdiapermalaysia.com

Kenapa perlu menggunakan CD?
 So, nantikan kemunculan CD pilihan Adam untuk anda semua..Hanya yang terbaik untuk anda~

May 14, 2011

Selusuh~

Cara Membuat Selusuh
Lebih elok dilakukan oleh suami (lebih afdal) atau keluarga. Dilakukan selepas solat hajat, seeloknya Khamis malam Jumaat. Para ulama menghasilkan air selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:
1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak
5. Beristighfar (3 kali)
6. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
7. Al Fatihah (1 kali)
8. Selawat (11 kali)\
9. Alam Nasyrah (7 kali)
10. Al-Ikhlas (3 kali)
11. Al Falaq (3 kali)
12. An Naas (3 kali)
13. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.


Penggunaan?
Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)..
Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Selusuh ni kita boleh buat pada air zam-zam / air musoffa / air za'faran, minyak dan kurma.
Melalui pembacaan, ada yang kata seminggu sebelum due date tu dah elok amalkan selusuh ni..Amalkan makan kurma masa dekat nak bersalin, yelah kan kurma memberikan tenaga masa nak meneran nanti..Apa pun, semangat mesti kuat...Jangan lupa Selawat 7kali setiap kali contraction..