expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Nov 23, 2011

Tips Basuhan dan Penjagaan CD~

Cara basuh CD

  1. CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.(inner suede seperti QQ Baby cuma basuh sekali sahaja).Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya..
  2.  CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
  3. Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk pureen HAD/ Autumnz Baby Safe Laundry Detergent. Kalau nak jimat guna sabun serbuk daia atau sabun serbuk fab antibakteria).
  4. Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD sehingga 2 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik). Gunakan laundry beg/ net apabila basuh menggunakan mesin basuh untuk menjaga jahitan dan fabric CD.
  5. Lakukan strip wash sekali sekala (1-2 bulan sekali) apabila anda mendapati kebocoran apabila dipakai. Strip wash adalah untuk menghilangkan residu pencuci dan kulapuk yang mungkin tertinggal pada CD/insert.

P/s: Keluarkan insert dari CD sebelum rendaman atau basuhan.



Strip Wash

Tujuan melakukan strip wash adalah untuk menanggalkan residu pencuci yang mungkin tertinggal tambahan jika mencuci menggunakan tangan. Ini dapat meningkatkan balik daya serapan CD serta memutihkan CD supaya nampak seperti baru. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan strip wash. Anda boleh pilih cara berikut:

  1. CARA 1: Sapukan sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight) atau cecair pencuci alatan kanak-kanak (Pigeon Bottle Nipple & Vegetable Liquid Cleanser) pada bahagian inner CD. Sental dengan lembut menggunakan cara fabric ke fabric. Terbalikkan bahagian dalam CD ke luar serta lakukan cara yang sama. Kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dan bilas sehingga bersih (tiada buih).
  2. CARA 2: Rendamkan CD ke dalam ½ baldi air suam dicampurkan ½ cawan cuka makan. Rendamkan selama 15 minit. Bilas dengan bersih dan masukkan sedikit soda bikarbonat untuk memutihkan CD/ insert pada cucian terakhir. Bilas bersih dan keringkan.
  3. CARA 3: Basuh menggunakan air suam/ jika mesin basuh mempunyai kawalan suhu, setkan suhu 60ÂșC. Suhu yang terlalu panas akan merosakkan CD anda. Basuh berulang kali tanpa menggunakan sabun.

P/S: Matahari adalah agen penghapus kuman dan pemutih terbaik untuk CD anda.


Anda boleh juga melihat dengan lebih lanjut cara penjagaan CD di link ni..Sangat berguna..clothdiapermalaysia.com


No comments:

Post a Comment