Salam.
Dah lama tak menulis. Bukan apa, sibuk memanjang. Hal emergency la...dengan World Cup nya lagi..kerja tak payah nak cakap lah.. Mana pernah nak habis.
Hmm... Kerja?
Ada satu soalan yang ditanyakan seseorang yang aku nak share kat sini.
" I tengok you ok je tiap-tiap pagi kena tiaw. Rileks saja. You tak kisah ke kena maki tiap-tiap hari? "
Ahaaaaa...soalan cepu mas ni. Bab-bab ni tak dapat la nak menjawab secara jujur...ye tak?
Kena tengok jugak siapa yang bertanya tu. Kalau yang bertanya tu, level setara, mungkin boleh jujur la..
Tapi kalau yang bertanya tu, ada muslihat tersendiri, ehem...jawapan aku pun kena la dengan muslihat. kan?
Berbalik pada soalan tu tadi. Soalan tu berjaya membuatkan aku terkedu + terdiam + dan seumpama dengannya la.
Lama jugak la aku nak dapatkan jawapan untuk soalan tu..bukan untuk orang yang bertanya tadi.. Tapi jawapan untuk diri sendiri. Jawapan yang paling jujur untuk diri sendiri. Bila fikir-fikir balik, siapa dalam dunia ni yang memang willing dimaki?Suka diherdik? Tenang ditiaw? Lebih-lebih lagi waktu pagi-pagi bermula jam 8 pagi berlanjutan ke jam 9. Setiap hari!! 6 hari seminggu!!
Mungkin dari 10 orang, hanya 2 atau 3 orang yang sanggup, dan salah seorang adalah aku. Ada saja masalah yang boleh dijadikan point / bahan makian di waktu pagi setiap hari.
Siapa yang nak?
Siapa yang sanggup?
Kena pulak dengan perut kosong tak bersarapan. Belum lagi ditambah dengan 'tarik-tarik muka' oleh si isteri waktu perjalanan ke tempat kerja. Kesimpulannya, pagi-pagi aku bersarapan hamburan amarah+makian+kata-kata kesat yang tak sepatutnya aku terima di awal pagi. Boleh spoilt mood seharian beb...
Tapi, itulah nya kalau dah dinamakan kerja.. Jawapan aku pada diri sendiri ialah aku dibayar gaji untuk terima semua ni. Maki hamun is part of construction works.
" Lu tak sekolah ka? " .... dah selalu sangat kena ayat ni.
" Apsal lu orang lembab? Kerja macam lembu.." ... Dah macam makan nasik dah ayat ni.
" Lu orang ni bodoh ka? Lu tadak otak ka? Bangang betul.. " ..Yang ni lebih kurang macam minum teh o ais.
" Saya tak tau apa mau cakap. Tapi lu orang kerja serupa taik. " ..Yang ni pulak,macam makan lai ci kang.
" Lu pergi berambus la. Jangan tunjuk muka dalam ini site." ...Dan pelbagai lagi ayat-ayat yang boleh menyebabkan telinga,hati,jantung dan perasaan seumpama dibakar dan direbus dalam air yang panas.
Sampai satu tahap, aku membalas setiap ayat-ayat tu dengan senyuman. Tersenyum kena maki!
Kalau nak dibandingkan kerja sekarang dengan yang dulu, rasanya dulu lebih tenang hati. Yelah... dalam kilang paling-paling susah pun nak kejar dateline. Itu pun, habis syif boleh terus balik. Kalau tak balik, claim overtime. Kerja sekarang jauh lebih mencabar. Aku perlu berdepan dengan banyak pihak. Main contractor yang selalu kejar dateline. Consultant yang banyak komen. Supplier yang lambat hantar barang. Sub cont sendiri yang susah nak dengar cakap. Belum lagi management sendiri yang kejar paper works. Semua itu cabaran yang aku dah face tahun-tahun kebelakangan ni. Nak kata lali, mungkin. Nak kata dah biasa, ada betul nya jugak.
I am problem solver. Thats why I am here.
Itulah satu-satunya ayat yang memotivasikan diri aku sendiri sebaik saja selesai dimaki. Macam ayat orang poyo pun ada jugak.
Cabaran yang datang cukup menguji diri. Cuma, aku takut ketabahan dan kekuatan yang ada ni tak dapat kekal lama.
Aku percaya ramai orang di luar sana yang sama senasib dengan aku. Umpama menghulur tengkuk dengan kulit muka yang cukup tebal, bersedia untuk disembelih.
Aku jugak percaya yang rezeki aku memang di sini, dalam construction site.
Atas rasa percaya itu lah, aku cuba pretend seperti tiada apa-apa yang berlaku waktu ambil si isteri pulang dari kerja.
Atas rasa percaya itu jugak yang mendorong aku untuk buat kerja-kerja paper works di rumah sebaik sahaja si isteri sudah lena beradu. Tidak mahu si isteri rasa terabai. Mujur juga si isteri jenis tidur awal.
Atas rasa percaya itu jugak la yang menyebabkan aku lebih menghargai setiap hikmah di sebalik apa jua dugaan yang didatangkan untuk aku.
Kerana aku tahu, tanggungjawab dan punca rezeki aku untuk keluarga memang jalannya begini...
Mungkin sedikit masa lagi jalannya berubah menjadi lebih baik dan berbaloi..
Siapa tahu?